Astro Audio News (@AstroAudioNews) header
Astro Audio News (@AstroAudioNews) profile picture

We're the voices behind the news updates for Astro Audio Channels 馃幎馃帳 Co Reg No : 199601031120 (403472-D)

Malaysia
Joined August 2015
Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)Photo by Astro Audio News (@AstroAudioNews)
Menurut JPS Selangor, banjir di 23 kawasan di Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling semalam berpunca daripada taburan hujan antara 63.5 hingga 114.5 milimeter. Ia menyamai taburan hujan biasa bagi tempoh 1 hingga 2 minggu. #AstroAudioNews
28
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan kemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berhubung kekhilafan kata-kata beliau ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat, Isnin lalu. #AstroAudioNews
1
59
Ahli Parlimen Pontian itu akui pemilihan kata dalam pantun yang dilafazkannya tidak sesuai dengan tanggungjawab beliau sebagai Anggota Pentadbiran kerajaan.
6
Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, tengah malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah malam.
56
Kira-kira 2,500 mangsa banjir direkodkan di Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan ketika ini. Jom ikuti berita Edisi Pagi untuk Rabu, 18 November 2026. #EdisiPagi #AstroAudioNews
1
95
Banjir kini turut menjejaskan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing merekodkan lebih 50 mangsa. Manakala lebih 2,000 penduduk di Selangor dan Perak masih berlindung di PPS. #AstroAudioNews #Banjir
87
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim susulan peletakan jawatan beliau. Difahamkan, sesi menghadap itu berakhir petang semalam sementara butiran lanjut mengenainya belum dapat dipastikan.
90
Seorang anggota polis maut manakala 4 lagi parah selepas van polis dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan. #AstroAudioNews
1
126
Ketua Polis Perak berkata kejadian kira-kira 11.35 pagi itu dipercayai berpunca daripada tayar belakang kiri van yang pecah secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan dari IPK Perak ke Melaka.
47
Barisan Nasional (BN) mengemukakan satu nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan susulan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim, semalam. #AstroAudioNews
1
66
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata nama calon berkenaan telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerusi warkah untuk mendapatkan perkenan, namun identiti calon tidak didedahkan.
23
Astro Audio News retweeted
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pendirian Perancis, khususnya Presiden Emmanuel Macron, dalam menyuarakan isu kemanusiaan dan keadilan membabitkan Gaza. Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia yang menentang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, meskipun hubungan diplomatik dengan kepimpinan Rusia terus dikekalkan. #AWANInews
7
1
23
2,262
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam isu Gaza dan Palestin. Beliau berkata Malaysia menghargai komitmen konsisten Perancis yang mengutamakan aspek kemanusiaan dalam isu berkenaan. #AstroAudioNews
1
2
124
Sementara itu, Macron menghargai komitmen Malaysia dan menegaskan kedua-dua negara berkongsi pendirian dalam mempertahankan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kedaulatan Palestin dan Ukraine serta hak setiap negara untuk hidup aman.
27
Presiden Perancis Emmanuel Macron menerima sambutan rasmi negara di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, pada Selasa sempena lawatan rasmi 2 hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. #AstroAudioNews
1
114
Macron yang tiba bersama isterinya, Brigitte Macron pada kira-kira 9.25 pagi, disambut Anwar & isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lawatan dari Isnin hingga Selasa itu merupakan kunjungan pertama Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden Perancis pada Mei 2017.
63
Dua daripada lima lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki menyeludup 240 kg syabu, Rabu lalu, dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kredit: BERNAMA #AstroAudioNews
52
Perdana Menteri belum membuat keputusan berhubung kemungkinan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tegasnya, tiada keperluan untuk rombak Kabinet mahupun bubarkan Parlimen susulan pentadbiran sedia ada berfungsi dan berjalan dengan baik
48
鉂楋笍TERKINI鉂楋笍 Datuk Ismail Lasim memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini. Kredit: Astro AWANI #AstroAudioNews
1
86
Sehubungan itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
23