BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK) header
BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK) profile picture

Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. JKR Sekretariat KPI PPTPA JKR, Pelan Strategik JKR, Pelan Bisnes, ERM JKR.

Joined August 2020
Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)Photo by BPPP CDPK JKR (@BPPPCDPK)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) bagi tempoh 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2028. Semoga pelantikan ini terus memperkukuh peranan LJM dalam memartabatkan profesion kejuruteraan serta menyokong pembangunan negara. Majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBrs. Ir. Mohd. Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra). Tahniah dan selamat menjalankan amanah. #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
2
1
16
1,601
PUTRAJAYA, 8 JUN 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui penyerahan watikah pelantikan oleh Tan Sri  Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 8 Jun 2026.  YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa memiliki ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasilti awam selama 32 tahun. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) sejak tahun 2024 dan berperanan penting dalam memperkukuh pembangunan projek kerajaan, tadbir urus teknikal dan kemudahan awam. Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan ini. Seluruh warga JKR Malaysia akan memberikan komitmen penuh kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa sebagai KPKR JKR Malaysia dalam menerajui JKR ke arah kecemerlangan serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan. Ikhlas daripada, Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia #DeliveryIsOurPriority #IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy #JasaKepadaRakyat  #TangkasBertindak
14
25
885
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya. Sambutan Hari Gawai bukan sahaja meraikan musim menuai dan kesyukuran, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian serta kekuatan warisan budaya yang membentuk identiti masyarakat majmuk di Malaysia. Seiring dengan peranan JKR Malaysia dalam menyediakan infrastruktur yang mampan dan inklusif, semangat kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini turut mencerminkan aspirasi kita dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memacu pembangunan negara secara berterusan. Semoga sambutan ini membawa kemeriahan, kesejahteraan dan perpaduan kepada semua, di samping terus menyemai nilai hormat-menghormati serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
4
11
592
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut-Rungus (KDMR) serta seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. JKR Malaysia turut menyambut makna perayaan ini sebagai lambang kebersamaan, saling menghargai dan semangat muafakat yang menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Seiring dengan aspirasi organisasi, JKR Malaysia terus komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang inklusif, lestari dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat, selaras dengan semangat “I am JKR” dalam memacu pembangunan negara. Semoga nilai-nilai murni yang dibawa melalui sambutan ini terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia #IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
4
9
697
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan serta pengorbanan sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan infrastruktur negara serta memacu kecemerlangan organisasi menerusi pelbagai inisiatif dan pembaharuan. Susulan persaraan wajib YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 Mei 2026, dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), telah diarahkan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya di samping melaksanakan tugas hakiki beliau, berkuat kuasa mulai 25 Mei 2026 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. Selamat Menjalankan Tugas diucapkan buat kepimpinan baharu Jabatan Kerja Raya Malaysia. #IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
13
25
974
Rakaman video sepanjang Majlis Perasmian SOC2026
7
11
289
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2026 – International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya merangkap Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM), Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR Malaysia. Bertemakan “Resilience, Adaptation and Sustainable Slope”, ICOS 2026 menjadi platform perkongsian ilmu, inovasi dan teknologi terkini melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa dari Indonesia, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan India. Antara fokus utama termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam menangani risiko tanah runtuh serta memperkukuh amalan pengurusan cerun yang lebih mampan. JKR Malaysia terus komited memperkasa pembangunan kapasiti dan profesionalisme warga teknikal dalam memastikan keselamatan awam serta kelestarian infrastruktur negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
6
12
389
PONTIAN, 15 FEBRUARI 2026 - YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah memberi taklimat kepada YAB Perdana Menteri berkenaan projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian bersempena Majlis Pecah Tanah projek ini di Dataran Pontian, Johor dan ia telah disempurnakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor; YB Menteri Kesihatan; YB Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pontian serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Naik taraf hospital sedia ada yang telah beroperasi sejak tahun 1929 ini dijangka meningkatkan keselesaan dan kecekapan perkhidmatan kesihatan, selain membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah serta memperluas akses rawatan pakar di zon Selatan. Projek ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang melibatkan pembinaan blok hospital baharu dengan tambahan 110 katil, kemudahan tempat letak kereta bertingkat, kuarters Kelas F, Blok Mekanikal & Elektrik (M&E) serta laluan integrasi yang menghubungkan bangunan tambahan dengan hospital sedia ada. Projek ini dijadualkan bermula dengan Tarikh Milik Tapak pada 15 Mac 2027 dan dijangka siap pada Januari 2032. Ketika ini, JKR sedang menyelia sebanyak 23 projek kesihatan di seluruh Johor dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.625 bilion, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan kemudahan kesihatan awam terus diperkasa dan manfaatnya dapat dirasai rakyat secara menyeluruh di mana sahaja mereka berada. JKR Malaysia komited memastikan projek ini dilaksanakan secara berintegriti, berkualiti dan menepati jadual demi komitmen kepada kementerian pelanggan serta kepentingan rakyat. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #TangkasBertindak
1
6
17
462
Lensa JKR sepanjang Majlis Pecah Tanah projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian di Dataran Pontian, Johor.
3
8
209
Majlis Pelancaran Pelan Strategik JKR Malaysia 2026–2030, Sistem IM-Strategic & Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JKR Malaysia 2026–2030 KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini menyempurnakan pelancaran dua (2) dokumen dan satu (1) sistem yang menjadi panduan hala tuju jabatan bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Pelan Strategik JKR Malaysia 2026–2030: Menetapkan 5 tema strategik, 13 objektif, 27 inisiatif dan 42 ukuran keberhasilan untuk memastikan pencapaian jabatan selaras dengan aspirasi pembangunan negara. Sistem IM-Strategic: Inovasi digital baharu bagi memantau dan mengukur prestasi pelaksanaan Pelan Strategik secara dalam talian, , sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik JKR Malaysia 2026-2030. Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2026–2030: Diperbaharui dengan fokus yang lebih holistik selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028 dan Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional. JKR Malaysia komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, memacu inovasi, dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi. Dengan asas yang kukuh dan hala tuju yang jelas, JKR Malaysia bertekad untuk kekal sebagai peneraju dalam pembangunan infrastruktur negara yang mampan, berdaya saing, dan berorientasikan rakyat melalui penghayatan budaya kerja “I am JKR”. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
11
1
18
943
PUBLIC WORKS DEPARTMENT (JKR), MALAYSIA IN AIPA 2025 “Innovating Infrastructure for a Sustainable and Resilient ASEAN” 17th – 20th September 2025, Public Works Department (JKR) of Malaysia proudly presents its innovations and engineering solutions at the 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA - 46) “Now & Future 2025 – A Better Tomorrow” Conference and Exhibition, hosted at World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, emphasizing the role of infrastructure as a cornerstone of ASEAN Vision 2045. First and foremost, JKR would like to express sincere appreciation to The Honourable Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul for extending the kind invitation and for granting the Public Works Department of Malaysia (JKR) as part of the exhibitor during the exhibition. The conference and exhibition had been officiated by The Honourable Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, The Speaker of the House of Representatives, Parliament of Malaysia. As Malaysia’s lead technical agency in infrastructure development, JKR highlights a wide range of technologies and systems that underscore its commitment to sustainability, safety and resilience. Featured Innovations 1. Electrical Engineering Branch, JKR a. Solar Photovoltaic (PV) System: Promoting renewable energy integration in government facilities, reducing carbon emissions and operational costs. Example of solar photovoltaic project at parliament building. The Malaysian Parliament building is now among the earliest parliamentary buildings in the world to fully adopt a large-scale solar power system. This pilot project aims to promote the use of Renewable Energy (RE) and demonstrates the commitment of the nation’s highest institution in driving the energy transition initiative. The 1.5-megawatt (MW) solar photovoltaic system installed at the Malaysian Parliament Complex is expected to generate up to 1.9 gigawatt-hours (GWh) of energy annually. This initiative also contributes to reducing greenhouse gas (GHG) emissions by 1,465 metric tons of carbon dioxide (CO₂) per year, with estimated electricity bill savings reaching up to RM1 million annually. In addition, the Malaysian Parliament Complex is also equipped with four (4) Electric Vehicle (EV) charging bays to further encourage the use of low-carbon vehicles. b. Speed Sign Sensor: A smart traffic management tool designed to enhance road safety by monitoring and regulating vehicle speeds in real time. 2. Slope Engineering Branch, JKR a. Integrated Slope Maintenance System (ISMAS): A digital platform that enables proactive monitoring, inspection, and maintenance of slopes to prevent landslide risks. b. Slope Mitigation Works: Innovative engineering solutions that strengthen slope stability, safeguarding communities and critical infrastructure from geohazards. 3. Road Facilities Maintenance Branch, JKR a. Bailey Bridge: A modular, portable bridge system for rapid deployment in disaster response and temporary connectivity solutions. b. e-Bencana System: A digital disaster response platform to coordinate emergency infrastructure support during natural disasters and crises. 4. Environment and Energy Efficiency Branch, JKR a. JKR Green Rating System: A comprehensive sustainability assessment framework featuring: i. Penarafan Hijau JKR (pHJKR) – a rating tool to evaluate the environmental performance of government buildings. ii. Green Product Scoring System (GPSS) – a benchmark to encourage the use of environmentally friendly construction materials. 5. Centre of Excellence for Engineering and Technology (CREaTE, JKR) a. Specialty Mixed Asphalt: Advanced road surfacing technology designed to improve durability, performance, and sustainability of pavements. b. Commercialised Products: Innovative engineering solutions developed by CREaTE, including: i. Cut & Compact – a practical solution for efficient road repair works. ii. Median Night Reflector – a safety device to improve night-time road visibility and reduce accidents. JKR’s Commitment Through these exhibits, JKR demonstrates its dedication to sustainable infrastructure, technological innovation, and disaster resilience. By sharing its expertise with ASEAN partners, JKR reaffirms its role as a regional leader in delivering engineering solutions that not only build infrastructure but also protect lives, strengthen communities, and drive sustainable growth across the region. Strategically, AIPA-46 underscored the evolving role of parliaments from being observers of regional processes to becoming central actors in policy formulation and oversight. By aligning its work with global priorities such as climate action, digital transformation, and social inclusion, ASEAN parliaments signalled their readiness to champion long-term progress. Under Malaysia’s leadership as AIPA President, the assembly successfully positioned ASEAN legislatures at the forefront of efforts to achieve inclusive growth and sustainable development, while also highlighting the country’s commitment to shaping a more resilient and united regional community. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
4
9
282
𝐏𝐋𝐄𝐍𝐀𝐑𝐘 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐁𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐎𝐍𝐎𝐔𝐑𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐈𝐑. 𝐑𝐎𝐒𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐀𝐓 𝐓𝐇𝐄 𝟒𝟔𝐓𝐇 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐌𝐁𝐋𝐘 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 - 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐌𝐁𝐋𝐘 (𝐀𝐈𝐏𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟓 17th September 2025 – The Honourable Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Director General of Malaysia’s Public Works Department (JKR) delivered a keynote address at the 46th General Assembly of the ASEAN Inter - Parliamentary Assembly (AIPA) 2025, hosted at World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, emphasizing the role of infrastructure as a cornerstone of ASEAN Vision 2045. The speech highlighted infrastructure not merely as physical assets but as enablers of economic integration, social inclusion, environmental resilience and digital transformation. The conference and exhibition had been officiated by The Honourable Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, The Speaker of the House of Representatives. Malaysia’s national agenda, anchored in the 12th and forthcoming 13th Malaysia Plans, underscores a transformative shift towards sustainable, green, resilient, and digital - ready infrastructure. Under RMK13, Malaysia commits to integrating artificial intelligence in infrastructure systems, expanding renewable energy capacity to 35% by 2030, advancing smart mobility solutions, and strengthening disaster-resilient public assets. JKR, as the nation’s technical implementer, is aligning its 2026 – 2030 Strategic Plan with ASEAN frameworks such as MPAC 2025, embedding sustainability, technological innovation, regional connectivity, and human capital development into its institutional vision. The address showcased Malaysia’s leadership through concrete best practices: solar-powered government buildings, digitalized procurement systems, sustainable construction standards, advanced road and bridge technologies, and pioneering slope management frameworks. These initiatives not only serve national needs but also provide scalable models for ASEAN cooperation. Recognizing shared challenges - climate risks, uneven access, fragmented standards, financing gaps, and technical capacity constraints - the Director General proposed five regional policy recommendations: establishing an ASEAN Infrastructure Policy & Technical Council, adopting a common green infrastructure framework, developing a regional innovation repository, harmonizing disaster-resilient design standards, and institutionalizing technical capacity-building and skills mobility. The speech concluded with a call for parliamentary leadership and regional solidarity, urging ASEAN Member States to legislate for sustainability, invest in digital governance, foster technical collaboration, and champion local innovation. Ultimately, the Director General framed infrastructure as both a technical and moral contract, positioning Malaysia as ready and willing to lead collaborative efforts that will transform ASEAN’s vision of inclusive, sustainable, and future-ready infrastructure into a collective reality. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
5
9
271
𝐉𝐊𝐑 𝐎𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 𝐈𝐍 𝐂𝐎𝐍𝐉𝐔𝐍𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 𝟒𝟔𝐓𝐇 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐌𝐁𝐋𝐘 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑 - 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐌𝐁𝐋𝐘 (𝐀𝐈𝐏𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟓 17th September 2025 - The Honourable Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Director General of Malaysia’s Public Works Department (JKR) was attending panel dialogue session 1 at the 46th General Assembly of the ASEAN Inter - Parliamentary Assembly (AIPA) 2025, titled “ASEAN Construction: Investment Opportunities and Regional Outlook” at World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. Examined the trajectory of the construction industry across the region at a time of rapid urbanization, intensifying infrastructure needs, and growing sustainability commitments. The discussion highlighted how Malaysia, with flagship initiatives such as the MRT3, ECRL, Pan Borneo Highway and nationwide digital infrastructure expansion, is positioning itself as a pivotal hub for ASEAN connectivity and innovation. Director General was one of the panelists of the session. The panelists and moderator as below: - Moderator Dr. Chris Daniel Wong, Co-Chairman of Technical Working Group -Financial Services (PEMUDAH) Panelist i. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Director General of Malaysia’s Public Works Department (JKR); ii. Mr. Gianni Moor, Co-Founder and CEO AQUILA Built Health; and iii. Ir. Prof. Dr Jeffrey Chiang, President of The Institution of Engineers, Malaysia The panelists agreed that ASEAN’s construction sector is entering a decade of unprecedented growth, requiring annual investments of USD 200 – 300 billion up to 2030. Malaysia is well-placed to play a strategic role in this expansion, not only by advancing its own large - scale infrastructure projects, but also by setting benchmarks in engineering quality, safety, and sustainability for the wider region. Panelists stressed that cross-border collaboration through projects such as the Singapore – Kunming Rail Link will be critical in unlocking supply chain efficiencies and strengthening regional integration. A recurring theme was the balance between opportunity and risk. While sectors such as urban transport, housing, digital connectivity, and healthcare construction present lucrative prospects, challenges remain in the form of political shifts, cost inflation, land acquisition delays, and fragmented regulatory frameworks. To mitigate these risks, Malaysia is improving procurement transparency, streamlining approval processes, and expanding the use of Public-Private Partnerships. The growing demand for ESG-linked financing, including green bonds and blended finance, was noted as a catalyst for future investment. Sustainability and lifecycle management featured prominently in the dialogue. Panelists emphasized the shift from short-term project delivery to long-term resilience, underpinned by circular construction practices, digital twins, and predictive maintenance technologies. Such approaches were seen as essential to ensuring cost efficiency, extending asset lifespan, and attracting sustainable investment. Innovation also emerged as a defining factor, with Malaysia urged to lead ASEAN in adopting BIM, AI, robotics, and modular construction, while also harmonizing regional engineering standards to reduce duplication and delays. The conversation also addressed the pressing challenge of human capital development. ASEAN will need more than two million additional engineers by 2030, making skills development and regional accreditation a top priority. Malaysia’s engineering institutions are already modernizing curricula to include AI, BIM, and renewable energy systems, while advocating for mutual recognition of professional qualifications across ASEAN. In closing, the session reinforced three key messages: ASEAN’s construction outlook is strong, with Malaysia at the center of regional growth; investment opportunities are vast, but risks must be addressed through stronger frameworks; and the future of construction will be defined by integration, innovation, and sustainability. Collectively, these insights set the foundation for ASEAN to transition from building more to building smarter, greener, and more resilient infrastructure systems. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
6
6
349
Sukacita dimaklumkan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyerahkan watikah pemangkuan Jurutera Awam Gred Turus III kepada YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa 26 Jun 2025 sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Mewakili Kementerian Kerja Raya (KKR), Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turut menyerahkan watikah pemangkuan kepada Datuk Wira KPKR. Serahan watikah pemangkuan tersebut turut disaksikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Pencapaian ini adalah pengiktirafan atas dedikasi, kepimpinan, serta sumbangan besar Datuk Wira dalam menerajui Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi teknikal utama negara. Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Wira KPKR di atas pemangkuan ini. Sesungguhnya, amanah tersebut diyakini akan menjadi pemangkin semangat dan pendorong kepada seluruh warga untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan jabatan dengan sinergi, komitmen dan dedikasi demi menjayakan agenda pembangunan negara. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
17
30
1,136
𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 - 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) sempena ulang tahun pertama menerajui JKR Malaysia. Kepimpinan YBhg. Datuk Wira yang berteraskan sinergi kebersamaan dan integriti telah membawa hala tuju baharu dalam penyampaian perkhidmatan JKR. Melalui penghayatan semangat ‘I am JKR’, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail telah mencipta satu budaya dan amalan transformasi baharu dalam menyatukan warga jabatan menerusi pendekatan yang holistik, segar dan dinamik. Seluruh warga JKR Malaysia akan terus memberi komitmen penuh dan bersama-sama YBhg. Datuk Wira KPKR menerajui jabatan ke arah kecemerlangan serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat @RoslanisE
25
46
1,248
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketulusan, ketakwaan dan kesetiaan terhadap amanah yang diberi. Semoga Aidiladha tahun ini menjadi titik tolak untuk kita terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, seterusnya diberikan ganjaran dan keberkatan oleh-Nya. “Tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah daging dan darah haiwan yang dikorbankan itu, akan tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu pada amalan.” (Surah al-Hajj : ayat 37) Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga JKR Malaysia #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
12
24
1,618
Sinergi Kesepaduan melambangkan sebuah ekosistem yang saling melengkapi berteraskan nilai usahama, strategi, teknologi dan kolaborasi. Dimensi sinergi ini menjadi simbol kesatuan dalam kepimpinan organisasi, agar JKR Malaysia terus memacu industri pembinaan infrastruktur yang mampan dan berorientasikan rakyat. Ikuti antara perjalanan dan aktiviti Ketua Pengarah Kerja Raya sepanjang bulan April 2025. #IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat #MalaysiaMADANI
4
7
21
1,094
youtube.com/watch?v=bB46cpFR… Cereka pendek JKR Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Mengisahkan 3 beradik bernama Osmera, Dharma dan Yahya yg telah lama tidak pulang ke desa, demi mencari rezeki di kota raya.
1
8
18
1,256
Perutusan Hari Raya Aidilfitri Ketua Pengarah Kerja Raya 1445H/ 2024M Teks Perutusan penuh : jkr.gov.my/my/page/perutusan…
16
31
827
Jom jom masih sempat lagi untuk hari ini berkunjung di Reruai No 0.13 Kementerian Kerja Raya. Esok akan berlangsung Majlis Perasmian Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. Jumpa anda di Stadium Nasional Bukit Jalil! #MYJalan #Kamidisini #KearahKesejahteraanRakyat
26
28
8
2,655