Pinned Tweet
Website kami sudah kembali seperti biasa. Layari laman buzzkini.my untuk berita trending, isu semasa, gaya hidup, tips, info dan banyak lagi.
2
2
3,393
MCMC telah mengumumkan Ujian Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 29 November ini.
Sistem berkenaan yang menggunakan teknologi CBS membolehkan amaran kecemasan dihantar secara serentak kepada telefon mudah alih yang serasi menerusi rangkaian 4G dan 5G.
Namun sebelum ujian berlangsung, ada beberapa langkah yang perlu korang lakukan untuk pastikan telefon boleh menerima notifikasi itu. Jadi, mari kami kongsikan langkah-langkah tersebut agar telefon anda dapat menerima notifikasi terbabit.
Share info ini kepada kenalan anda supaya mereka juga alert dengan situasi ini.
✍🏻: Wani
🎨: Auni / Wani
🔎: Faez
⬆️: Naili
39
Seorang wanita mendakwa pernah diganggu seorang malim gunung ketika mendaki.
Malim tersebut didakwa mengugut wanita itu untuk menerima pelawaannya untuk bercinta. Sekiranya menolak, malim itu mengugut untuk meninggalkannya di dalam hutan bersendirian.
"Bila sampai di puncak, dia (malim) tiba-tiba beritahu kawan-kawan saya, 'Ohh saya suka yang comel-comel ni, badan berisi macam ni. Ada orang lelaki tak suka badan berisi, tapi saya suka. Suka yang susah nak lari. Kalau di kejar tak lari dah'," dakwa wanita itu.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
104
Sebagai pengguna jalan raya pasti tahu kawasan sekolah, hospital atau mahkamah dan sebagainya merupakan kawasan yang tidak dibenarkan untuk membunyikan hon.
Bahkan kawasan sekolah juga antara lokasi di mana para pemandu perlu memperlahankan kenderaan kerana terdapat kanak-kanak yang sedang melintas dan untuk mengelakkan berlaku kemalangan jalan raya namun masih ada yang tidak cakna.
Seperti baru-baru ini tular memaparkan tindakan tak bertanggungjawab pemandu sebuah kereta Honda City yang bertindak melanggar lampu isyarat merah di kawasan sekolah.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
38
"Saya percaya pihak hospital sudah mengetahui proses berkenaan dan apa yang penting, kita perlu sentiasa menghormati jenazah.
"Pendermaan organ adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), yang membenarkan amalan itu dalam keadaan tertentu dengan syarat semua ketetapan yang ditetapkan dipatuhi." - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/info/2026/11/20/…
43
Siapa dekat sini suka main game permainan online Mario Kart? Main dengan member sambil kumpul points.
Selama ni korang boleh merasakan keseronokan itu menerusi alam maya sahaja, tetapi kali ini korang berpeluang merasai pengalaman tersebut secara realiti! 🏎🟀 🔥
Konsep perlumbaan go-kart berasaskan realiti terimbuh (AR), BattleKart kini dibuka di Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Ada tujuh mod game yang korang boleh join! Baca artikel di bawah untuk info lanjut.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/gayahidup/2026/1…
25
Apollo mencipta satu lagi pencapaian apabila berjaya menghasilkan lebih 587 juta unit kek lapis sepanjang tahun 2026, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Bukan itu sahaja, jenama tempatan yang sudah bertapak lebih 70 tahun ini turut memperkenalkan teknologi pengeluaran baharu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 40%.
✍🏻/🎨: Mai
🔎: Faez
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
25
MCMC memaklumkan akan menjalankan Ujian Sistem Amaran Awal (EWS) di seluruh negara pada 29 November 2026.
Pengguna akan mendapat notifikasi dan siren tanpa perlu memuat turun aplikasi, mendaftar atau mempunyai data Internet.
Bagaimanapun setiap pengguna perlu mengemaskini peranti masing-masing dahulu. Baca artikel penuh untuk mengetahui langkah-langkahnya.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
28
Sebelum ini, Istana Negeri Sembilan memaklumkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), bahawa sebarang peletakan jawatan Menteri Besar berkuat kuasa sebaik diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Perkara itu dimaklumkan selepas pihak istana mengambil maklum berhubung kenyataan daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar negeri berkenaan pada 16 November yang lalu.
Terbaharu Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar (MB) di negeri itu.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/20/…
52
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beiau telah mengemukakan satu nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk diperkenankan oleh baginda.
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Zahid akan mengemukakan nama tersebut ekoran peletakan jawatan oleh Menteri Besar negeri itu, Datuk Ismail Lasim.
Sehubungan itu, terdapat beberapa nama disebut yang berpotensi untuk menyandang jawatan terbabit antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.
Terbaharu Mohd Asna tampil menegaskan bahawa dirinya belum layak untuk menyandang jawatan Menteri Besar itu.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/20/…
77
Sebuah gudang kereta potong di Jalan Utusan, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, musnah kira-kira 90% dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Jumaat (20 November).
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Pegawai Bomba Kanan 1 Abdul Manas Abdul Wahab, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.53 pagi.
Susulan itu, jentera dari BBP Pudu bersama enam balai bantuan dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 6.03 pagi sebelum mendapati api sedang marak membabitkan gudang berkenaan.
Seramai 75 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman yang dilakukan dari keempat-empat sisi bangunan menerusi kaedah ofensif dan defensif. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.03 pagi, manakala tindakan pembendungan turut dilaksanakan bagi mengelakkan api merebak ke bangunan berhampiran.
Bagaimanapun, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Punca kebakaran akan dimaklumkan selepas operasi selesai.
📹: Threads / Media Sosial
✂️: Yanafauzi
🔍: Faez
⬆️: Naili
79
Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin menggesa kerajaan mengambil langkah tegas dalam memastikan UNHCR tidak lagi memproses permohonan lama kemasukan pelarian ke Malaysia.
Tambahnya, Malaysia perlu memberi mesej jelas bahawa negara ini tidak lagi menerima pelarian baharu.
"Kalau kita ada 225,000 orang pelarian dan dalam tempoh separuh tahun hanya 974 orang dihantar, katakanlah setahun 2,000 orang dihantar, kita perlukan kira-kira 111 tahun untuk menghantar mereka semua keluar," katanya.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
35
Menunaikan solat lima waktu sehari termasuk Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak merupakan rukun Islam ke-2 dan diwajibkan bagi mereka yang bergelar Islam.
Antara hikmah seseorang mengerjakan ibadah ini adalah untuk mentaati Tuhan Maha Pencipta dan membersihkan diri serta jiwa dari segala dosa.
Walaupun begitu bagi sesetengah individu, kadangkala mereka meninggalkan solat disebabkan faktor persekitaran yang tidak mendedahkan kepentingan ibadah berkenaan sehingga menyebabkan perbuatan sengaja tidak solat itu menjadi rutin.
Sebelum ini seorang wanita telah berkongsi beberapa tips berguna buat orang ramai yang sedang melatih diri untuk tidak meninggalkan solat lima kali sehari. Jadi jom kami kongsikan beberapa tips itu untuk rujukan anda semua.
✍🏻: Wani / Auni
🎨: Auni
🔎: Faez
⬆️: Naili
Ramai sebenarnya yang pernah berdepan dengan buli siber dan apa yang pembuli tidak sedar, kelakukannya itu boleh memberi kesan kepada emosi dalam tempoh masa lama.
Pembuli mungkin tak ingat, tetapi ia akan kekal segar dalam ingatan si mangsa.
Seorang pengguna Threads yang dahulunya 'twitfamous' di Twitter tampil memohon maaf kerana telah melukai banyak pihak dan menjadikan ujian dalam hidupnya sebagai satu pengajaran.
"Segala perkara yang saya dah buat sebelum ni dibuat dengan kesedaran yang berlandaskan keb*d*han dan ketidakmatangan yang saya sendiri sedar pada ketika itu. Sekali lagi, saya minta maaf sepenuh hati saya," katanya.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Hazwani
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
1
220
Pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menggunakan dobi pada waktu tertentu untuk membasuh baju dan juga mengeringkannya.
Ini kerana, perkhidmatan dobi layan diri banyak memudahkan orang ramai khususnya jika berdepan dengan isu seperti banjir, air tiada dan sebagainya.
Baru-baru ini seorang pelanggan di sebuah kedai dobi telah menjadi perhatian ramai apabila membersihkan premis berkenaan sewaktu berkunjung untuk membasuh pakaiannya.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
104
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang menyeluruh, telus dan segera untuk mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak.
Pelajar berkenaan ditemukan meninggal dunia pada 18 November dan mayatnya kemudian dilaporkan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Terbaharu bapa kepada pelajar lelaki berkenaan, memaklumkan rutin harian persekolahan dan di asrama anaknya itu berjalan seperti biasa, sama seperti pelajar lain.
Malah sewaktu berbual tiada apa-apa perkara luar biasa yang diceritakan remaja berkenaan mengenai kehidupan persekolahannya.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/news/2026/11/19/…
103
"Contoh di peringkat persekutuan, maksud saya di peringkat pusat UMNO sendiri, jangan campur. Ini urusan negeri. Biar Kerajaan Negeri selesaikan. Dah ada Menteri Besar kenapa UMNO di peringkat persekutuan perlu campur tangan?" soal bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Tambah Tok Min, pengumuman peletakan jawatan Ismail Lasim secara tiba-tiba itu merupakan satu penghinaan dan memalukan Ismail sendiri.
"Dalam ketika itu dia (Ismail) sedang bermesyuarat tiba-tiba dapat tahu dia dah tak ada kuasa, katanya dia telah berhenti. Saya rasa ini sangat memalukan individu. Saya bukan daripada UMNO tapi kalau saya, saya rasa dihina begitu, baik saya bubar sahaja."
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
65
Setiap kali tiba hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya pasti ramai yang memilih untuk meraikannya dengan kek.
Ada yang pilih untuk membeli dari kedai dan ada juga yang membuat tempahan kerana mempunyai tema tertentu atau rekaan tertentu.
Baru-baru ini seorang pengguna di Threads telah berkongsi satu tangkap layar daripada peniaga menjual kek atau turut dipanggil sebagai 'baker' yang memaklumkan mengenai polisi barunya tentang kek tempahan.
✍🏻: Afifa
🔎: Faez
🎨: Auni
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
29
ARMY Malaysia kini bersemangat merealisasikan projek 'Light Up Project' yang mana cahaya ungu akan menerangi beberapa mercu tanda di ibu kota termasuklah Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Menara TSLaw dan Menara Sentral RAC bagi menyambut ketibaan group K-Pop terkenal, BTS ke Malaysia pada Disember ini. 💜
Dana yang diperlukan bagi projek itu adalah sebanyak RM43,220 bagi pencahayaan selama tiga malam.
Buat masa ini, sebanyak RM8,683 sumbangan telah terkumpul.
✍🏻: Hazwani
🔎: Faez
🎨: Yana
⬆️: Naili
buzzkini.my/trending/2026/11…
95
Bersempena ulang tahun ke-30 penubuhannya, SME Corp. Malaysia kini memulakan lembaran baharu dengan pembukaan ibu pejabatnya di Menara AIA Cap Square yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Menariknya, pembukaan ibu pejabat baharu ini bukan sekadar melibatkan perubahan lokasi, malah turut membawa manfaat dari sudut pengurusan kewangan.
Menurut Steven Sim, langkah tersebut membolehkan SME Corp mengurangkan kos sewaan dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM17 juta setahun.
buzzkini.my/trending/2026/11…
32


















