🕊️ retweeted
Menyampaikan ucaptama di Bohol Island State University (BISU), Filipina, di hadapan para pelajar dan pensyarah.
Saya turut berkongsi persamaan antara Bohol dan Pulau Pangkor, khususnya kehidupan masyarakat pesisir pantai yang begitu dekat dengan laut.
Sebagai seorang anak nelayan yang membesar di Pulau Pangkor, saya amat memahami betapa besarnya peranan pendidikan dalam mengubah kehidupan seseorang, keluarga dan masyarakat.
Saya turut berkongsi pandangan mengenai masa depan pendidikan tinggi serta pentingnya kerjasama antara universiti merentasi sempadan demi generasi akan datang.
Maraming salamat, Bohol!
……………………
It was a pleasure to deliver a keynote address to students and academics at Bohol Island State University (BISU), Philippines.
Bohol reminds me of my hometown, Pangkor Island. As a fisherman’s son, I know how education can transform lives and uplift communities.
I also shared my thoughts on the future of higher education and the importance of working together across borders for the next generation.
Maraming salamat, Bohol!
🇲🇾🇵🇭
🕊️ retweeted
Tiba di Manila malam tadi sebelum meneruskan perjalanan ke Bohol, Filipina bagi menghadiri 10th Asia-Europe Meeting of Ministers for Education (ASEMME10) yang berlangsung pada 24 hingga 26 November 2026.
Sementara menunggu penerbangan ke Bohol, sempat meluangkan masa bersama TYT Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony, Duta Besar Malaysia ke Filipina, yang berbesar hati menjemput saya dan rakan-rakan untuk makan malam.
Terima kasih Datuk Melvin dan pegawai-pegawai di kedutaan atas jemputan serta sambutan yang diberikan.
#MalaysiaFilipina🇲🇾🇵🇭
#ASEMME10
🕊️ retweeted
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Seluruh negara berdukacita menerima khabar pemergian Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad, petang tadi.
Negara kehilangan seorang tokoh besar persuratan yang sepanjang hayatnya mengabdikan diri kepada bahasa, sastera dan kemanusiaan.
Melalui mata pena, Allahyarham menyuarakan nurani rakyat, mengangkat nilai kemanusiaan dan memperkaya khazanah pemikiran bangsa.
“Pena terhenti, bicara tidak mati,
Jasad pergi, karya kekal abadi.”
Demikianlah besarnya warisan yang ditinggalkan Pak Samad. Pemikiran dan karya Allahyarham akan terus hidup, merentas zaman dan generasi.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham serta warga seni dan sastera tanah air.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Selamat jalan Pak Samad.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti.
Al-Fatihah.
🕊️ retweeted
Dirgahayu Tuanku!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
Patik dengan penuh takzim mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta usia yang diberkati.
Semoga pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus berada dalam lindungan dan inayah Allah SWT, demi memelihara kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan serta menjamin keamanan dan kemakmuran seluruh rakyat jelata.
Daulat Tuanku!
🕊️ retweeted
Sempat singgah ke Dewan SMK Pangkalan TLDM untuk melihat persiapan akhir menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang bakal bermula pada Isnin, 23 November ini.
Alhamdulillah, saya berharap sumbangan penghawa dingin yang disalurkan dapat memberikan suasana lebih selesa dan kondusif buat anak-anak calon SPM sepanjang menduduki peperiksaan nanti.
Mudah-mudahan dengan kemudahan yang lebih baik ini, anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang dan memberikan tumpuan sepenuhnya.
Selamat maju jaya buat semua calon SPM 2026. Buat yang terbaik, insyaAllah kejayaan menanti anda nanti.
#SPM2026
#SMKPTLDM
#Lumut
#doczam
🕊️ retweeted
Pagi ini dapat pulang ke Pangkor, bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat sempena Program Jelajah Sejahtera DesaKu @ DUN Pangkor.
Program Jelajah Sejahtera DesaKu ialah inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang bertujuan mensejahterakan masyarakat luar bandar, memperkukuh pentadbiran kampung seperti JPKK, serta mendekatkan perkhidmatan dan dasar kerajaan terus kepada penduduk desa
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini, antaranya pemeriksaan kesihatan, pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan, aktiviti kemasyarakatan serta pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.
Alhamdulillah, seronok melihat sambutan masyarakat yang hadir. Ini peluang untuk berkumpul, bertanya khabar dan berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. InsyaAllah kita ada banyak lagi program-program yang sedang direncana untuk memberi khidmat terus kepada masyarakat.
#ProgarmJelajahSejahteraDesaKu
#Perak
#Lumut
#Pangkor
#doczam
🕊️ retweeted
Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026.
Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan baik dan jayanya. Kejayaan FOI 2026 adalah hasil kerja keras, komitmen, pengorbanan dan semangat kebersamaan semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir.
Saya amat menghargai setiap usaha dan sumbangan anda semua. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
Ampun dan maaf sekiranya sepanjang penganjuran FOI 2026 terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan. InsyaAllah, segala pengalaman dan pengajaran akan kita jadikan asas untuk terus menambah baik pada masa hadapan.
We work as a TEAM dan anda semua telah membuktikannya.
Sekali lagi, syabas kepada seluruh pasukan FOI 2026. Saya bangga dengan anda semua.
Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih!
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
HARI TERAKHIR, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KE FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026❗️
Festival Idea Putrajaya 2026 (Putrajaya FOI 2026) kini memasuki hari terakhir dengan pelbagai pengisian menarik yang menanti anda.
📌 Ikuti atur cara HARI KETIGA menerusi pautan foiputrajaya.com/ dan rancang kunjungan anda ke PICC!
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
🎉 SEMUA DIJEMPUT HADIR! MASUK ADALAH PERCUMA!
Jumpa anda di sana!
🌐 Nak tahu lebih lanjut tentang Putrajaya FOI 2026? Ikuti media sosial rasmi KPT atau layari laman sesawang Putrajaya FOI 2026 di putrajayafoi.mohe.gov.my/
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
Malam tadi saya berkesempatan meraikan kecemerlangan sembilan penyelidik negara yang menerima pengiktirafan Malaysia Scopus Research Star Awards (MRSA) 2026, selain jurnal-jurnal akademik yang menerima Journal CRÈME Awards 2026 bersempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026.
Tahniah kepada semua penerima anugerah atas sumbangan besar dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah negara.
Saya sering menekankan bahawa kecemerlangan penyelidikan tidak seharusnya diukur melalui jumlah penerbitan atau sitasi semata-mata. Lebih penting, sejauh mana ilmu dan hasil penyelidikan yang dihasilkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat, menyelesaikan permasalahan sebenar dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Saya juga ingin melihat lebih banyak penyelidikan berkualiti lahir daripada politeknik dan kolej komuniti, khususnya penyelidikan gunaan yang mempunyai hubungan langsung dengan keperluan industri dan masyarakat.
Dalam era kecerdasan buatan (AI), kita perlu terus mempertahankan integriti dan kualiti penyelidikan. Teknologi boleh membantu mempercepat penemuan ilmu, tetapi nilai kejujuran, ketelitian dan tanggungjawab ilmiah tidak boleh dikompromi.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengangkat kecemerlangan ilmu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja menghasilkan penyelidikan, tetapi turut memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan manusia.
#MRSA2026
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
Inspired Coffee di FOI 2026 oleh pelajar Kolej Komuniti Selayang berkeperluan khas (OKU) di Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026.
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 berlangsung pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya. Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.
🕊️ retweeted
IDEA HARI INI UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA 💡🇲🇾
Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai idea, pemikiran kreatif, inovasi dan aspirasi dalam membentuk masa hadapan negara.
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Kita jumpa di sana.
Masuk adalah PERCUMA❗️
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
FOI 2026
2 Hari lagi
FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026 : IDEA, INOVASI DAN INSPIRASI, SEMUANYA ADA DI SINI📣📣📣
Kurang daripada 48 jam lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 menggegar Putrajaya!
Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada festival yang menghimpunkan pemikiran bernas, idea kreatif, inovasi dan teknologi dalam membentuk masa hadapan negara dengan pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya:
🤖 IdeaTech Showcase
💡 Wall of Tunnel dan Wall of Ideas
🎓 Mini Karnival Jom Masuk Universiti
🕵️♀️ Karnival Kerjaya
.... dan banyak lagi!
📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR!
“Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”
#PutrajayaFOI2026
🕊️ retweeted
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
🕊️ retweeted
Sekitar suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Saya berkesempatan singgah ke beberapa kawasan bagi memberikan sokongan dan semangat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan membawa cabaran parti pada pilihan raya kali ini.
Antara kawasan yang sempat saya kunjungi ialah:
🔹 N23 Telok Mas – Calon No. 2, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman (Tok Ajak)
🔹 N14 Klebang – Calon No. 4, Datuk Wira Lim Ban Hong
🔹 N07 Gadek – Calon No. 4, S. Nadarajah
Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran para penyokong dan jentera parti yang tampil penuh semangat.
Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang terus bekerja keras dan menunjukkan komitmen serta kesetiaan dalam perjuangan parti.
Ayuh rakyat Melaka, tunaikan tanggungjawab anda pada 4 November 2026 nanti.
Undilah calon-calon Barisan Nasional!
#PRNMelaka2026
#BarisanNasional
#BNForMelaka
#BirukanMelaka
🕊️ retweeted
Petang tadi menerima kunjungan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk @AzizulAWANG atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman.
Beliau baru sahaja pulang daripada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sempat juga beliau menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
Kami turut berbincang dan merangka beberapa program serta inisiatif bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau, khususnya dalam membangunkan bakat sukan serta menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa.
Banyak pengalaman dan kisah perjuangan beliau yang boleh dijadikan inspirasi, terutama tentang disiplin, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah.
Terima kasih atas kunjungan, Datuk Azizulhasni. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia! Beliau dalam rangka persediaan untuk Sukan Olimpik 2028 nanti.
InsyaAllah kita akan bawakan khas The Pocket Rocketman ke Festival of Ideas (FOI) Putrajaya pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya nanti.
#ThePocketRocketman
#KPT
#doczam
🕊️ retweeted
Semalam menerima kunjungan dan bertukar pandangan bersama Dr. Maliki Osman, bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang turut pernah memegang portfolio Menteri Luar II dan Menteri Pendidikan negara tersebut.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya mengenai perkembangan pendidikan tinggi, pembangunan modal insan serta cabaran masa depan dalam landskap pendidikan serantau.
Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura, khususnya dalam bidang pendidikan, terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
🕊️ retweeted
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat.
Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut:
facebook.com/share/v/1A3tDCn…
#Belanjawan2027
#KPT
#MalaysiaMADANI
#doczam
facebook.com/share/v/1A3tDCn…
































