Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis) header
Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis) profile picture

VISI Peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa. MISI Memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi.

Perlis, Malaysia
Joined January 2014
Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)Photo by Jabatan Penerangan Negeri Perlis (@JapenPerlis)
Pagi tadi saya menyaksikan satu detik bermakna buat syarikat penerbangan negara apabila Malaysia Aviation Group (MAG) mengambil langkah memperkukuh armadanya dengan perolehan pesawat Boeing berbadan lebar untuk penerbangan jarak jauh. Perolehan ini membuka ruang untuk Malaysia Airlines memperluas rangkaian penerbangan dan bersaing dengan lebih yakin di peringkat antarabangsa. Langkah ini diambil tatkala industri penerbangan berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan kos bahan api dan persaingan yang semakin sengit. Saya mengingatkan pengurusan MAG agar terus cekal, mengurus operasi dengan cekap dan tangkas menyesuaikan diri dengan perubahan. Sebagai negara perdagangan, Malaysia memerlukan rangkaian penerbangan yang lebih luas untuk menghubungkan kita dengan pasaran dunia serta menarik pelancong dan pelaburan. Pertumbuhan industri ini turut membuka peluang kepada syarikat dan bakat tempatan untuk menyumbang kepada rantaian bekalan aeroangkasa global dalam bidang pembuatan, kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat. Kerjasama jangka panjang dengan Boeing mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan MAG menunaikan komitmennya. Hubungan yang terjalin menerusi industri penerbangan ini turut memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia dengan Amerika Syarikat, yang kekal sebagai rakan perdagangan dan pelaburan penting negara. Saya hargai kesungguhan Khazanah Nasional dan kepimpinan MAG dalam mengharungi pasang surut syarikat. Terima kasih juga kepada warga Malaysia Airlines yang terus menjaga mutu perkhidmatan dan menyambut penumpang dengan sentuhan Malaysian hospitality yang kita banggakan. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus mendukung usaha agar syarikat penerbangan negara terus disegani di persada dunia. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
10
14
89
Malaysia kekal dengan pendekatan rundingan dalam pengurusan pelarian Myanmar sambil mempertahankan hak asasi manusia, membantah penganiayaan terhadap etnik Rohingya dan kumpulan etnik lain serta menyokong Five-Point Consensus ASEAN. 🀝🌏
1
12
13
324
Hasil rundingan dengan Kerajaan Myanmar, seramai 10,476 rakyat Myanmar telah dibawa pulang dengan kos ditanggung negara berkenaan, termasuk melalui pendekatan Safe and Dignified Return.
1
8
11
47
Get to know MySiren, a National Early Warning System that delivers emergency information directly to your mobile phone. A nationwide test of the MySiren alert system will be conducted simultaneously across the country on Nov 29, 2026 to assess the system’s performance and ensure effective delivery of alerts. Stay vigilant, be informed and remain prepared for any eventuality. #BernamaNews #BernamaInfographics #MySiren
9
12
270
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π˜π€πŠπˆπ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒 πŒπ€πƒπ€ππˆ Bacaan penuh ada di FB KPKM : facebook.com/share/p/1E3GF6h… #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #KPKMMalaysia #YakinMADANI #MakaKami
11
16
83
𝟏𝟎 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ! ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π˜π€πŠπˆπ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ€πŠπ€π‹ ππ„π‘π“π„πŒπ” 𝐀𝐍𝐃𝐀! Hanya berbaki 10 hari lagi! Ayuh warga Seri Manjung dan seluruh rakyat Malaysia, sama-sama meriahkan Program Yakin MADANI bertemakan β€œMemaknai Harapan Rakyat”.
11
17
268
Ikuti Dialog Negara Khas: "Di Sebalik Keputusan…" menerusi RTM serta saluran media tempatan lain jam 9.00 malam ini. Saya akan menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan para panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat, khususnya menyentuh dasar, pertimbangan dan keputusan Kerajaan dalam mengemudi negara. Mudah-mudahan wacana ini dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
18
1
24
250
JOM MERIAHKAN YAKIN MADANI 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ Orang Negeri Sembilan, pelbagai perkhidmatan kerajaan, pameran interaktif, Jualan Rahmah MADANI dan aktiviti seisi keluarga menanti anda! πŸ“… 28–29 November 2026 πŸ“ KOMBES, Paroi, Seremban #MOTMalaysia #YakinMADANI2026 #MalaysiaMADANI
19
1
24
247
2 HARI LAGI! πŸ”₯πŸƒπŸ»β€β™‚οΈ Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang! Catat tarikh dan masa berikut supaya anda tidak terlepas kemeriahan sambutan:
18
1
24
127
KIRA DETIK 5 HARI LAGI Kementerian Perpaduan Negara menjemput anda untuk bersama-sama menyertai Persidangan Pembinaan Negara Bangsa yang menghimpunkan pelbagai pemikir, sarjana, penggubal dasar, agensi kerajaan, NGO, sektor swasta, pengamal media dan golongan belia.
20
1
27
458
πŸ₯ Peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2027 ditingkatkan kepada RM47.7 bilion, berbanding RM46.5 bilion sebelum ini. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
28
4
33
423
πŸ’° Peruntukan Bantuan Warga Emas bagi tahun 2027 ditingkatkan kepada RM1.3 bilion. πŸ‘΅πŸ»πŸ‘΄πŸ» Peningkatan peruntukan ini dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
31
4
39
472
Kapsul JAPENTV | Belanjawan 2027 | Pengangkutan dan Keselamatan Jalan Raya Prasarana melabur lebih RM3.4 bilion untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
27
4
34
602
πŸ‘©β€βš•οΈ Lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp bagi melatih 8,000 individu dalam bidang penjagaan warga emas, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh tenaga kerja sektor penjagaan. #Belanjawan2027 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #JabatanPenerangan
28
4
32
401
🏘️ Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Komuniti Angkat MADANI pada tahun 2027 dengan peruntukan RM50 juta, khusus untuk membantu komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar.
1
29
4
37
603
🀝 Pengurusan tertinggi kementerian dan agensi akan mengetuai pelaksanaan inisiatif ini dengan penglibatan universiti serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyediakan latihan kemahiran kepada penduduk.
1
17
22
83
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya amat berdukacita menerima khabar pemergian Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad. Pemergian Pak Samad merupakan satu kehilangan besar buat dunia kesusasteraan dan kebudayaan tanah air. Sepanjang hayatnya, Pak Samad telah mengabdikan diri kepada bahasa dan sastera, bukan sekadar melalui penulisan, tetapi juga dengan merakam denyut nadi kehidupan, pergolakan masyarakat serta perjalanan bangsa melalui mata seorang sasterawan. Karya agung Allahyarham seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Hujan Pagi menjadi antara tulisan yang hingga kini menghiasi khazanah sastera negara. Di dalamnya tersimpan kisah manusia, kepayahan hidup, perjuangan dan realiti masyarakat yang akan tetap dibaca, dihayati dan dikenang oleh generasi demi generasi. Sesungguhnya, jasad seorang sasterawan mungkin telah pergi, namun suara, pemikiran dan perjuangannya tidak akan sama sekali terpadam. Selagi karya-karya Pak Samad terus dibaca dan menjadi sumber inspirasi, selagi itulah nama Pak Samad akan hidup dalam ingatan kita. Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
21
1
29
543
Salam takziah kepada seluruh keluarga Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Seri Dr. A. Samad Said. Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
1
25
1
30
740
Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan Allahyarham sebagai Sasterawan Negara. Segala sumbangan Allahyarham akan terus dikenang.
1
17
22
147