Joe Labu (@JoeLabu311) header
Joe Labu (@JoeLabu311) profile picture

Aku Benci Si Pengkhianat

Joined May 2021
Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)Photo by Joe Labu (@JoeLabu311)
Joe Labu retweeted
π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—› π—”π—›π—Ÿπ—œ, π—π—˜π—‘π—§π—˜π—₯𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—¨π—žπ—”π—₯π—˜π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 Pengundi di Melaka telah memilih. Keputusan PRN Melaka tidak mengejutkan dan telah dijangka. Untuk beberapa hari ini, kita akan mendengar pelbagai komen dan pandangan. Beberapa pandangan yang paling dominan termasuk: (1) Strategi bertanding solo adalah satu tindakan bodoh yang tidak akan ke mana-mana, BERSAMA perlu mencari rakan gabungan (2) Pembawaan politik BERSAMA tidak akan mendapat undi kerana pengundi melihat kepada parti berbentuk politik identiti Analisis seperti ini akan datang dari pak-pak profesor di menara gading, selain dari orang biasa. Orang yang menyertai dan menghidupkan platform politik seperti BERSAMA akan selalu disalaherti. Masyarakat sering menilai sesuatu berasaskan status quo sedia ada, sebarang perkara baru dibanding dengan status quo itu. BERSAMA sedia maklum bahawa politik identiti sedang membakar. Pengundi Melayu bersatu di bawah payung UMNO/PAS, pengundi bukan Melayu bergabung di bawah DAP. Parti-parti lain (termasuklah PKR, AMANAH, Wawasan dan banyak lagi) hanya menumpang kepada jaguh politik identiti Melayu dan bukan Melayu ini. Lebih kuat pengundi Melayu bergabung di bawah UMNO/PAS, lebih tegar pengundi bukan Melayu menguatkan DAP. Ini menghasilkan kitaran yang makin menjauhkan sesama kita di masa akan datang. Kitaran politik yang memberi kuasa yang terlalu kuat kepada politik identiti juga adalah pemula kepada skandal-skandal besar negara sebelum ini. Semua skandal ternama negara berlaku selepas UMNO gah di medan pilihan raya. Kitaran itu akan berulang kembali. Di peringkat permulaan ini, BERSAMA tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan atau menang besar dalam pilihan raya. Kami bukanlah PKR yang ditubuhkan untuk menjadi lebuh raya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, atau AMANAH sebagai landasan bekas pimpinan PAS. Atau BERSATU, Wawasan dan yang seumpama dengannya yang mencari rakan kongsi ke Putrajaya, tanpa kekuatan sendiri. BERSAMA dibina untuk menjadi pendinding kepada api politik identiti ini, yang mengajar rakyat menerima rasuah, kelemahan pentadbiran, politik persembahan (performative politics), dengan merendahkan standard ukuran politik yang sepatutnya memberi tumpuan kepada visi, lonjakan prestasi, kecekapan pentadbiran dan kebijakan. Memang gelombang politik identiti ini sedang berlaku, tetapi rakyat perlukan satu kumpulan politik yang tidak gentar dengan gelombang ini. Saya menolak politik identiti yang dibawa UMNO/PAS. Saya juga menolak politik yang dibawa oleh PH mutakhir ini kerana rentak politik yang dibawa oleh DAP secara tidak langsung menjadi sumbu kepada politik identiti UMNO/PAS. UMNO/PAS memerlukan DAP untuk menakutkan pengundi Melayu, DAP memerlukan UMNO/PAS untuk menjadi pembela bukan Melayu. Walaupun UMNO/PAS dan DAP sedang menunggang gelombang politik identiti ini, BERSAMA tidak gentar untuk melawan kedua-dua kumpulan ini di spektrum mereka sendiri. Kepada mereka yang mempersoalkan β€œstrategi” BERSAMA, kami tahu ia misi berbahaya, tetapi kami yakin ia juga satu keperluan. Kami bukanlah UMNO/PAS yang menjadikan DAP musuh utama, tetapi tidak pernah berani berdepan dengan DAP di kubu kuat mereka. Begitu juga DAP yang menjadikan UMNO/PAS sebagai musuh utama, tetapi menghantar PKR/AMANAH untuk berhadapan dengan UMNO/PAS. Kami percaya untuk melawan politik identiti di kedua-dua spektrum, kami perlu berani membina kekuatan sedikit demi sedikit untuk memadamkan api besar politik identiti ini. BERSAMA genap 6 bulan minggu ini. Bagi sebuah parti berusia 6 bulan, ahli-ahli, sukarelawan dan pengundi BERSAMA telah membuktikan mereka boleh membumi dan berdiri sendiri. BERSAMA ada jentera yang setanding dengan parti-parti yang jauh lebih berusia. BERSAMA dibiayai oleh ahli dan orang ramai. Kempen BERSAMA di PRN Melaka sama naik, kalau pun tidak lebih rancak, dari sesetengah parti yang telah lama bertapak dan bergabung. BERSAMA tidak menang satu kerusi pun di Melaka. BERSAMA hilang deposit di 15 dari 16 kerusi yang ditandingi. Pada peringkat ini, saya tidak menilai potensi BERSAMA dari jumlah kerusi yang dimenangi. Saya nilai dari peningkatan dan trajektori dalam usaha berterusan membina BERSAMA sebagai platform yang menjadi antidot kepada politik identiti. Ukurannya bukan 6 bulan, bukan setahun. Ukurannya satu generasi. Ada beberapa perkembangan baik dari keputusan PRN Melaka. Di PRN Johor, BERSAMA tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu yang pekat. Di Melaka, BERSAMA bertanding di kerusi-kerusi maut majoriti Melayu seperti Serkam, Telok Mas, Kuala Linggi, Sungai Udang. Undi purata dari kerusi-kerusi majoriti Melayu ini adalah 4.26%, dengan undi tertinggi dari kerusi Sungai Udang pada 6% (kerusi yang 31% adalah dari kem tentera, yang secara tradisi mengundi Umno/kerajaan). Angka 4.26% dari pengundi Melayu mungkin nampak kecil, tetapi jika dibandingkan dengan undi gabungan PH+Bersatu (sekitar 15-20% di kalangan pengundi Melayu), sebuah parti yang berdiri sendiri sebenarnya mendapat undi Melayu yang tidak jauh berbeza dari parti-parti di dalam gabungan PH+Bersatu (sekiranya mereka bertanding sendirian). Undi dari kerusi campuran (pengundi Melayu antara 50% ke 65%) juga menunjukkan peningkatan yang baik. BERSAMA bertanding di 7 kerusi campuran di PRN Johor. Di PRN Melaka, BERSAMA bertanding di 4 kerusi campuran (kerana 7 dari 16 kerusi yang ditandingi adalah kerusi majoriti Melayu). Undi BERSAMA di kerusi campuran di Melaka adalah 7.68%, berbanding hanya 3.49% di Johor. 7.68% adalah kecil dan masih hilang deposit, tetapi ia peningkatan lebih 100% dalam tempoh 4 bulan (dari PRN Johor ke Melaka). Begitu juga di kerusi majoriti bukan Melayu. BERSAMA bertanding di 5 kerusi majoriti bukan Melayu di PRN Melaka, berbanding 8 di PRN Johor. Undi BERSAMA di kerusi majoriti bukan Melayu di Melaka ada 6.52%, berbanding 3.26% di Johor. Selain dari peningkatan 100% dalam tempoh 4 bulan, 4 dari 5 kerusi bukan Melayu di Melaka mendapat undi yang lebih tinggi dari peratusan undi kerusi terbaik di Johor. Saya akan bentangkan secara terperinci analisis PRN Melaka dalam Podcast YBM Jumaat ini. Bagi BERSAMA, ada beberapa peningkatan ketara dalam tempoh 4 bulan sejak PRN Johor: (a) Undi bukan Melayu meningkat lebih 100% berbanding PRN Johor (b) Undi Melayu tegar yang mengundi BERSAMA pada 4.26% adalah permulaan yang baik, setara dengan beberapa parti yang berada dalam gabungan utama (c) Kempen PRN Melaka dijayakan dengan lancar oleh jentera yang setanding dengan parti-parti di dalam gabungan Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 16 calon BERSAMA yang telah bekerja keras, jentera dari kalangan ahli BERSAMA dan sukarelawan. Terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan dan membantu. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Melaka yang menjadi β€œearly believers” kepada satu platform politik masa depan negara. Sebab itu rata-rata ahli dan penyokong BERSAMA berlapang dada dan bersyukur dengan keputusan di PRN Melaka. Kami tahu kami sedang menapak dengan lebih yakin dan lebih laju, berbanding parti dinosaur yang akan kehilangan rentak satu hari nanti.
46
164
12
552
16,074
Rakyat tidak bodoh & bukan rakyat tidak bersyukur. Tetapi itulah proses demokrasi dimana rakyat telah melunaskan tanggungjawab mereka. Keputusan rakyat itu perlu dihormati. Yang bodoh & yang tak bertanggungjawab itu adalah pemimpin yang bilamana dia diberi AMANAH, dia buat apa yang dulunya dia menentang. Dalam konteks PRN Melaka, berapa banyak rasuah Pilihanraya yang ditabur PH??? Ayam Madani, Kotak Madani, Bakul makanan Madani, Motor Madani, HP Madani, Duit β€œpoket” Madani😏😏😏😏 Yang paling bangsa* adalah pemimpin PH yang telah menjadi PUNCA Najib Razak TERLEPAS dari penjara. Jangan ingat rakyat tidak tahu, bodoh & buta apa yang berlaku. Akhir sekali, @fahmi_fadzil sila pecat admin page ini & pecat KP JKOM juga. Kemudian barulah kamu letak jawatan. Ok??? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
17
55
3
239
11,391
MELAKA DAH MEMILIH βœ… BERSAMA JALAN TERUS πŸ’› Terima kasih kepada 19,176 pengundi yang memilih BERSAMA. Setiap undi adalah satu pelaburan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. TERUSKAN BERSAMA πŸ’›πŸ«Ά For The Better Nation. Insya Allah. #TSR
TERIMA KASIH BANGSA JOHOR YANG MENGUNDI BERSAMA. Setiap undi adalah berharga. Undi anda kepada BERSAMA adalah pencetus kepada Revolusi Politik Negara kita. For The Better Nation. Insya Allah #TSR
3
33
1
116
1,532
Joe Labu retweeted
PRN Melaka 2026. BERSAMA vs PKR BERSAMA parti 5 bulan = 0 kerusi PKR parti 27 tahun = 0 kerusi 😁
24
38
3
156
12,125
PACABA Pengkalan Batu ready to serve! Doa kan kami... #N15PengkalanBatu #PengkalanBatu #prnmelaka2026 #PartiBERSAMA
1
7
44
657
Joe Labu retweeted
Replying to @f4kr0ls00d
Hadi bukanlah seorang ulama. Dia seorang ahli politik yang menunggang fahaman agama yang sempit.
4
6
38
304
Jangan kerana tamakkan habuan dunia, kita sanggup memilih jalan yang haram sedangkan rezeki yang berkat datang daripada usaha yang jujur dan halal. Yakinlah pada rezeki ALLAH. Jangan gadaikan iman, maruah dan integriti demi kekayaan sementara. C&P
1
12
35
625
Terima Kasih Melaka. Terima kasih Jentera. Terima Kasih Bersama. Terima Kasih Rakyat Malaysia. Kita tutup kempen di Melaka dengan gayanya melawan parti gabungan. Ini bukan BN, ini bukan PH. Ini parti baru yang ditubuhkan 5 bulan lepas dan dijalankan oleh calonΒ² dan anggota yang berpengalaman. Terima kasih dan salute jugak pada jentera yang berkampung di Melaka selama 2 minggu menggunakan duit dan titik peluh sendiri. Ada yang ambil cuti 2 minggu untuk bantu jentera. Ada yang fly dari borneo dan oversea. Ada yang drive dari penang semata Grandfinal. Ada yang datang dari seluruh Malaysia semata untuk bantu paca. Ada yang datang dari pelbagai negeri hanya kerana untuk beri moral support kepada parti. Terima kasih dan Selamat Mengundi Rakyat Melaka. Lets Go Kancil!
1
17
83
1,288
Replying to @JoeLabu311
Semoga mendapat pembalasan setimpal untuk pemimpin3 sebegini.
1
1
61
Joe Labu retweeted
Formula @rafiziramli sememangnya satu formula yang berjaya kerana ia berjaya membongkar isu-isu seperti 1MDB, NFC, Tabung Haji dan FELDA yang dijadikan modal kempen politik PH sehingga dapat menjatuhkan kerajaan Najib pada 2018 dan membebaskan Anwar. Kemudian, formula yang sama dapat meyakinkan pengundi atas pagar selepas kekalahan teruk di Sabah, Melaka dan Johor untuk membawa PH menjadi blok terbesar dalam PRU15 dan Anwar diangkat sebagai PMX. Formula yang sama terus digunakan dalam kempen-kempen PH di Sabah, Johor, N9 dan kini di Melaka. Nampak tak tu? Tak malu ke terus menerus guna formula Rafizi? Di mana formula PH? Formula @n_izzah Formula @datoramanan? Formula @kamilmunim? Ada? 🀣
1
17
48
1,077
Grand finale Truck Kancil bagi PRN Melaka 2026 malam tadi di dataran Ayer Keroh Heights πŸ«‘πŸ«‘βœ…βœ…βœ…
1
7
39
527
10PM Grand final Dataran madani, Ayer keroh. Kamonnn @rafiziramli tak naik lagi ni
5
54
1,817
Joe Labu retweeted
Grand Finale BERSAMA. Acara belum lagi bermula. Tapi hadirin sudah mula memenuhi. Tiada perwakilan. Tiada makan, minum. Tiada baju sponsor. Tiada retis jemputan. Tiada cabutan bertuah. Tapi ini adalah rakyat hadir yang mahukan satu politik yang baru. Ayuh Melaka! Hadirkan diri atau tonton di mana2 platform media sosial @rafiziramli. 🫢🏼
20
61
5
246
5,553
Joe Labu retweeted
Grand Finale @partibersamamy yang baru berusia 5 bulan. Menang tak tentu, tapi PKR (PH) kalah, insya Allah. 🫡🏼
7
28
1
180
5,349
Hudud ? Senyap ! RUU355 ? Sunyi sepi ! Sokong Perompak & Perasuah ? Champion back up gila2 ! Prinsip ? Tolak tepi, janji ada habuan politik !
3
13
1
47
619
Demi Najib, Rakyat ambil RM50 dipanggil... CORRUPTION Menteri ambil RM500 juta dipanggil... COMMISSION PM ambil RM2.6 bilion dipanggil... DONATION Rasulullah SAW bersabda : Allah MELAKNAT pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan. HR Ahmad
10
27
2
100
2,473
Apa masaalah paling besar ? β€œ Parti2 politik yg masih mempertahankan perompak besar dlm negara kita, itu masaalah paling besar β€œ
5
59
2
128
2,576
Kuali Terbang Kancil singgah di DUN Bukit Katil! Seronok melihat kemesraan penduduk yang datang singgah, bertegur sapa dan bersembang sambil kami memasak. Ada yang lalu pun sempat menitipkan kata-kata semangat. Sambutan mesra begini buat penat berkempen terasa ringan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik dan memeriahkan Kuali Terbang kali ini. Setiap senyuman dan ucapan itu kami hargai. Kuali panas, hati pun hangat dengan kemesraan orang Bukit Katil! #KualiTerbangKancil #BERSAMA #RafiziRamli #BukitKatil
1
31
1
108
3,858
Melaka Pilih BERSAMA πŸ’›βœ…
2
22
88
1,126
Joe Labu retweeted
Pakcik level dia lain mcm MELAKA INIKALILAH
5
31
463