Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz) header
Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz) profile picture

Adun Dusun Tua • Penyelaras Dun Semenyih • Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia • Timbalan BPUN Selangor • Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat

Semenyih, Selangor
Joined October 2011
Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)Photo by Johan Abd Aziz (@JohanAbdAziz)
Alhamdulillah, kerja-kerja turapan jalan di Kampung Rinching Hilir telah dilaksanakan diatas permintaan yang saya ajukan tempoh hari. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas tindakan dan kerjasama dalam merealisasikan permintaan penduduk setempat. Semoga kemudahan ini memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk Kampung Rinching Hilir; insya Allah.
41
Suasana di sekitar Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sudah sekian lama menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dan pagi ini saya bawakan kepada penduduk di sekitar Fasa 4, Bandar Tasik Kesuma. Turut diadakan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh pasukan PeKa B40 kepada para pengunjung.
1
57
Dalam semangat menyambut Bulan Kemerdekaan, saya berbesar hati dapat bersama dalam Program Penyerahan Baucar Jom Shopping Sempena Hari Pahlawan 2026 Peringkat DUN Semenyih. Program ini cukup istimewa kerana merupakan inisiatif pertama Kerajaan Negeri Selangor memberikan Baucar Jom Shopping khusus kepada parajurit dan veteran tentera sebagai tanda penghargaan atas jasa, pengorbanan dan bakti mereka kepada Negara. Semoga baucar yang disampaikan ini dapat memberikan sedikit manfaat dan kegembiraan kepada para penerima, khususnya dalam menyambut sambutan kemerdekaan yang bakal tiba. Jasa para pahlawan tetap dikenang dan dihargai. Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan. Terima kasih, para pahlawan negara! 🇲🇾
2
171
Meninjau suasana Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sudah sekian lama menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dan pagi ini saya bawakan kepada penduduk Kampung Sungai Semungkis.
1
94
Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah di Kampung Pasir Bahru, Semenyih. Antara perkara yang sedikit terkilan untuk saya lihat ialah masih ada dalam kalangan masyarakat yang kurang mengetahui tentang perlindungan dan hak mereka melalui PERKESO. Untuk yang bekerja sendiri, jangan anggap kita tidak boleh mencarum. Kini terdapat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) yang membolehkan individu bekerja sendiri mendapatkan perlindungan keselamatan sosial. Ambillah sedikit masa untuk semak dan daftarkan diri. Jangan tunggu sehingga sesuatu berlaku, baru kita mencari perlindungan.
1
77
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menjalankan kerja-kerja Program Penggantian Paip Baru Pakej 96B di kawasan berikut : 1) Kampung Tanjung 2) Kampung Sentosa 3) Taman Sri Tanjung Satu sesi taklimat ringkas bersama Ahli Majlis dan Wakil Penduduk akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 12/08/2026 (Rabu) Masa : 10.30 pagi Lokasi : Bilik Mesyuarat, Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, Semenyih Diharap agar perjumpaan ini dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan penduduk supaya mendapat sumber bekalan air bersih dan perkhidmatan bekalan air yang efisyen.
1
2
100
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Soft Launch AgroBank Cawangan Sri Nanding; satu lagi usaha yang telah lama diperjuangkan dan akhirnya dapat direalisasikan untuk manfaat masyarakat setempat. Kehadiran AgroBank di DUN Dusun Tua amat bertepatan dengan keperluan warga tempatan yang terdiri daripada usahawan kecil, penternak, pengusaha kebun serta mereka yang terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan sektor agro dan perusahaan kecil.
1
57
Alhamdulillah, berkesempatan merasmikan Program Pembelajaran Environmental, Social and Governance (ESG) di Ekar Lui, Hulu Langat yang mengetengahkan isu pengurusan sisa makanan melalui pendekatan lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap kelestarian alam. Saya turut mengambil kesempatan dalam mewar-warkan pembukaan AgroBank dengan perkhidmatan perbankan penuh yang pertama di DUN Dusun Tua. Kehadiran AgroBank ini pastinya memberi kemudahan lebih dekat khususnya kepada para usahawan, petani dan komuniti setempat dalam mendapatkan akses kepada perkhidmatan serta pembiayaan berkaitan sektor agro.
1
77
Suasana di sekitar Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sudah sekian lama menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dan petang ini saya bawakan kepada penduduk di sekitar Fasa 9, Bandar Tasik Kesuma. Turut diadakan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh pasukan PeKa B40 kepada para pengunjung.
3
142
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Setelah melalui pelbagai usaha, hasrat untuk membawa sebuah institusi perbankan ke DUN Dusun Tua akhirnya menjadi kenyataan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Agrobank Cawangan Sri Nanding membuka pintunya secara rasmi. Kehadiran Agrobank ini bukan sekadar menambah kemudahan perbankan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat serta memberi manfaat kepada usahawan, petani, penternak, peniaga dan seluruh masyarakat di Hulu Langat.
🤖 Made with AI
1
96
Menerima laporan mengenai kejadian ribut yang menjejaskan beberapa buah rumah di Taman Titiwangsa, Sungai Tekali pada pagi ini. Saya telah mengarahkan PKM DUN Dusun Tua untuk segera ke lokasi bagi meninjau keadaan mangsa serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung kerosakan yang dialami. Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada mangsa yang terjejas.
1
102
Suasana di sekitar Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sudah sekian lama menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dan pagi ini saya bawakan kepada penduduk di sekitar Taman Semenyih Impian.
115
Program ini menawarkan manfaat khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada pengundi Negeri Selangor berumur 50 tahun ke atas serta Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan. Justeru, saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada mereka yang layak agar mengambil peluang untuk mendaftar dan memastikan maklumat masing-masing sentiasa dikemas kini. Bukanlah kita mengharapkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sekiranya berlaku musibah atau kematian, sekurang-kurangnya insentif ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh waris yang ditinggalkan. Saya juga menggalakkan anak-anak untuk membantu mendaftarkan ibu bapa yang layak, serta berkongsi maklumat ini kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di: *kde.yawas.com.my*
1
85
Saya telah dimaklumkan oleh guru-guru Tadika KEMAS mengenai keperluan pemasangan awning di ruang tengah tadika. Ruang tersebut sering terjejas apabila cuaca terlalu panas atau hujan; sekaligus mengehadkan aktiviti harian anak-anak. Susulan itu, saya telah meluluskan peruntukan melalui PKM DUN Dusun Tua bagi kerja-kerja pemasangan awning yang kini telah siap sepenuhnya. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dengan lebih selesa dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran serta program anak-anak disini; insya Allah.
🤖 Made with AI
2
143
Suasana di sekitar Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang sudah sekian lama menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dan petang ini saya bawakan kepada penduduk di sekitar Kampung Rinching Hilir. Turut diadakan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak MySalam Hospital Putrajaya kepada para pengunjung. #PKPS #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #ADNSelangor #KitaSelangor #N23DusunTua #N24Semenyih
1
329
Saya mengambil maklum tentang isu ini. Rujuk pautan dibawah untuk maklumat yang lebih terperinci;- facebook.com/share/p/19rSxdx…
Replying to @bckupacc99
@MohdSanyHamzan boss, area awak nie, drpd terjerit-jerit bodohkan diri sendiri, buat kerja hakiki boss!! @JohanAbdAziz mohon siasat jika di kawasan anda dan ambil tindakan @mpkajang siasat dan ambil tindakan, api elektrik masuk macamana? @Tenaga_Nasional supply bangunan ini?
2
2
2
449
Berita baik untuk rakyat negeri Selangor khususnya di DUN Dusun Tua & DUN Semenyih. Skim Air Darul Ehsan adalah inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkan rebat air percuma sebanyak 20 meterpadu setiap bulan. Kelayakan adalah kepada setiap Isi Rumah berpendapatan RM5000 dan kebawah. 1. Terbuka kepada Rakyat Negeri Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun di DUN Dusun Tua / DUN Semenyih. 2. Premis kediaman adalah meter individu.
1
4
3
1,073
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor yang disediakan dibawah: Pejabat DUN Dusun Tua +603 9025 2670 Pejabat Penyelaras DUN Semenyih +603 8723 1965
1
2
382
Pagi ini baru saja saya semak status padang ini di Dewan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Selangor, akan mereka selesaikan hal padang ini kerana peruntukkannya dari mereka. Terima kasih
Replying to @JohanAbdAziz
@JohanAbdAziz bila kontraktor siapkan padang? Rumput pun penduduk setempat yang potong.
1
3
1,001
Mengiringi YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di dalam Program Turun Padang untuk meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT 3210, lokasi pembentungan air di Kampung Sungai Raya, persimpangan Taman Sri Nanding dan lokasi tambahan iaitu persimpangan lampu isyarat Batu 14
3
8
16
1,020
JAMUAN AIDILFITRI RUMPUN SELANGOR @ HULU LANGAT BERSAMA ADUN DUSUN TUA & AHLI PARLIMEN HULU LANGAT Dengan segala hormatnya dijemput ke program yang akan diadakan pada malam ini: 25 APR 2024 (KHAMIS) 8.00 PM - 10.30 PM DEWAN SERBAGUNA, IKTBN DUSUN TUA, HULU LANGAT Untuk makluman, DYMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkesudian untuk Mencemar Duli ke Majlis Jamuan Aidilfitri yang bakal diadakan
4
3
606