🕋 Rancang Umrah & percutian bersama Tabung Haji Travel di MATTA Fair Negeri Sembilan!
Terokai pakej Umrah serta pelancongan dalam & luar negara. ✈️
📅 13 – 15 November 2026
📍 Palm Mall, Seremban
📌 Booth 8
#TabungHajitravel #MATTAFairNegeriSembilan
🤖 Made with AI
82
Tabung Haji travel retweeted
Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima penghargaan daripada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilization of Hady & Adahi (Adahi) atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan pengurusan ibadah qurban dan dam di Tanah Suci pada musim haji 1447H/2026M yang lalu.
Adahi, di bawah seliaan The Royal Commission for Makkah City and Holy Sites, merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi bagi tujuan penyelarasan pelaksanaan ibadah qurban, dam, fidyah, sedekah dan akikah, merangkumi pengurusan penyembelihan di tujuh kompleks pemprosesan bersepadu di Makkah serta seterusnya pengagihan kepada golongan yang layak di lebih 27 negara di seluruh dunia.
KURSUS UMRAH GENIUS 2026 kini dibuka untuk seisi keluarga! 👨👩👧👦
📅 7 November 2026 (Sabtu)
⏰ 9.30 pagi – 1.00 petang
📍 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya (Masjid Besi)
📲 Swipe & scan QR untuk daftar!
#TabungHajiTravel #KursusUmrah #UmrahGenius2026 #Umrah
🤖 Made with AI
86
Di Xi’an, terdapat kawasan yang terkenal dengan komuniti Muslim dan makanan halal. Apakah nama kawasan ini?
0%Silk Market
100%Muslim Quarter
1 votes • Final results 2
91
Tabung Haji travel retweeted
بث مباشر من المسجد الحرام بـ #مكة_المكرمة teapawt.org/i/broadcasts/1aJbdEgVZ…
Tabung Haji travel retweeted
Nak semak jumlah simpanan?
Nak tambah simpanan ke akaun TH?
Atau nak pindahkan wang dari akaun TH ke akaun bank anda?
Semua urusan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi THiJARI.
THiJARI, urusan lebih mudah di hujung jari!
Siapa yang terlepas tiket F1, jangan kecewa! 🏁🔥
Kini masa untuk rasa sendiri gegaran PETRONAS MotoGP Malaysia 2026! 🏍️💨
🎟️ Tiket bermula RM143.75 seorang
📅 30 Okt – 1 Nov 2026
6 pilihan seat menanti anda — jangan terlepas lagi kali ini! 🔥
#PETRONASMotoGP #SepangCircuit – at Selangor, Malaysia
1
112
Chengdu (China) terkenal sebagai pusat pemuliharaan haiwan apa?
0%Koala
100%Panda gergasi
1 votes • Final results 1
79
Tabung Haji travel retweeted
Merujuk kepada notis yang dikeluarkan semalam, TH telah bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula perkhidmatan melalui Bank Rakan Strategik.
Walau bagaimanapun, penyambungan semula perkhidmatan ini masih menunggu pengesahan akhir daripada pihak bank berkenaan. Masih terdapat Bank Rakan Strategik yang meminta penjelasan lanjut daripada TH, walaupun penjelasan telah diberikan.
TH bersedia memberikan penjelasan penuh dan berpandangan bahawa perkara ini tidak harus dipanjangkan demi kepentingan pendeposit.
Tabung Haji travel retweeted
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.
Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di 03-6207 1919.
TH merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan sokongan pendeposit sepanjang tempoh pemulihan ini serta memohon maaf dan amat kesal atas apa yang telah berlaku, namun ia terpaksa dilakukan demi keselamatan simpanan pendeposit. Keselamatan simpanan dan kepentingan pendeposit kekal menjadi keutamaan TH.
Tabung Haji travel retweeted
LANJUTAN TEMPOH MASA MENJAWAB TAWARAN HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan tempoh masa menjawab tawaran haji untuk Bakal Haji bagi Musim Haji 1448H/2027M dilanjutkan sehingga 18 Oktober 2026.
TH komited dalam memastikan urusan Bakal Haji berjalan lancar dan kepentingan pendeposit sentiasa terpelihara.
TH menghargai kesabaran dan kerjasama para pendeposit sepanjang tempoh ini. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
Tabung Haji travel retweeted
TH AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN, LAKSANA PENGGANTUNGAN SEMENTARA SISTEM BAGI MELINDUNGI PENDEPOSIT
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan aktiviti siber yang mencurigakan pada 7 Oktober 2026 dan telah mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.
Sebagai langkah pencegahan dan pengukuhan keselamatan berterusan, TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem TH yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.
Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara. TH juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara ini.
TH memahami kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pendeposit dan memohon maaf atas gangguan ini. TH ingin menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat dan terpelihara. Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH.
TH akan memaklumkan perkembangan terkini, termasuk status pemulihan perkhidmatan, melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa. Bagi sebarang pertanyaan, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH di 03-6207 1919.
Kalau selama ni asyik cakap “nanti kita plan”, apa kata esok kita mula "plan" betul-betul?
🕋 ESOK.
Singgah KHUP 5 di Mövenpick KLIA Sepang dan jumpa kami di Booth D037–D046 Tabung Haji Travel.
👇
1
135































