Ular dengan ular
PETALING JAYA, 20 MAR - Dalam audio siar Keluar Sekejap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pencapaian Madani yang sering digempar-gempurkan di media massa dan media sosial lebih bersifat drama semata-mata.
Menurut dakwaan beliau, angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) sebenar adalah 5.1% dan bukanlah 5.9% seperti yang dilaporkan dalam Titah Diraja.
Ketika disoal Khairy Jamaluddin tentang Pelaburan Langsung Asing (FDI), Hamzah menuntut bahawa pasaran saham yang kononnya kukuh adalah daripada pembelian oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukannya pelabur asing.
Timbalan Presiden BERSATU itu turut menggesa kerajaan agar lebih telus dalam melaporkan data ekonomi dan memastikan dasar yang lebih berkesan bagi menarik pelaburan berkualiti serta meningkatkan kecairan pasaran ekuiti negara.
#BeritaKS
51










