Aty Nasir (@atynasir) header
Aty Nasir (@atynasir) profile picture
Joined August 2014
Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)Photo by Aty Nasir (@atynasir)
Mereka bersubahat untuk khianat kita, Datuk Seri. Tunggu masa sahaja. Susu mereka balas dengan tuba. Takkan kita senyum dan biarkan sahaja?
322
145
143
800
402,991
HILANG KUASA Tahun 2016 Undang Johol bukan sahaja dipecat malah turut juga dimalukan. Bukan sahaja dihalau, dipaksa keluar rumah dengan dipotong bekalan elektrik dan air. Ini cara mereka melayan Undang yang kata mereka berstatus “Raja”. Sama taraf dengan Yang Dipertuan Besar. Tahun 2026, bila ada Undang cuba memaksa Raja turun takhta secara TIDAK BERPELEMBAGAAN. Juak2 ini terus kata jangan derhaka pada Undang. Kena hormat dia. Langsung tidak pertahankan Raja mereka yang dipaksa turun takhta pakai sidang media. Tiada pula marahkan Undang buat begitu walhal tidak sah. Bukankah itu derhaka namanya? Boleh tengok beza layanan bila berkuasa dan hilang kuasa. Rakyat sekarang pandai menilai jua. Salam hormat, Liyana Marzuki
17
119
4
319
13,886
PEMBESAR Bersungguh2 parti keramat sebuah negeri mempertahankan Undang mereka. Undang yang secara tidak berpelembagaan, cuba menggulingkan Raja sendiri. Tetapi dihentikan oleh Kerajaan Negeri. Naratif war room yang dibawa: “Undang itu sama taraf dengan Raja/ YamTuan Besar ya”. Diulam2 sampai lebam. Untuk justifikasikan penderhakaan Undang kepada Yamtuan. Cuba memandirkan Rakyat Negeri Sembilan. Sebab itu mari kita tusyen kan mereka melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. ************* Perkara 7: Siapa tertinggi dalam Negeri? Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan: Perkara 7(1) jelas menyatakan: Yang di-Pertuan Besar adalah Raja yang melaksanakan kuasa Perlembagaan dan diberi keutamaan mengatasi semua orang lain dalam Negeri. Perkara 7(3) pula menetapkan: Hanya lelaki Melayu, beragama Islam, dan berketurunan Raja melalui nasab sah yakni Raja Radin ibni Raja Lenggang, boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar. Peruntukan ini jelas tunjukkan YDPB adalah orang nombor satu dalam negeri mengatasi orang lain dan berketurunan Raja sahaja yang boleh dilantik. ******************** Bagaimana pula dengan Undang? Dalam UUT mereka dipanggil “Ruling Chief” Perkara 14 menyatakan Undang bagi wilayah Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau hendaklah terdiri daripada individu yang dipilih secara sah menurut adat luak masing-masing. Maknanya Undang ni bukan keturunan DiRaja ya. Pembesar biasa di dalam Luak yang siap boleh sertai parti politik sebelum dipilih menjadi Undang *wink*. Pelantikan dan pemecatan Undang walau boleh dibuat di peringkat Luak, namun perlu disahkan dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dipengerusikan oleh YamTuan Besar. Kerana dialah Raja sebenar. *********** Saya tak paham bagaimana pemimpin dan penyokong Parti Keramat sebuah negeri boleh keliru antara pembesar dan Raja sendiri. Raja berketurunan Diraja. Dengan gelaran “Yang Dipertuan Besar” Undang tu hanya pembesar dengan gelaran: ♦️Dato’ Klana Petra ♦️Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman ♦️Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ♦️Dato’ Lela Maharaja Sekolah mana mereka belajar semua Dato ini sama level dan taraf dengan Raja/ Yamtuan? Budak Form 1 tengok nama pun tahu ini hanya level pembesar. Ini sebenarnya helah nak menangkan Undang dalam pemecatan Yamtuan. ************** Berhati2lah kita mendengar naratif untuk justifikasikan penderhakaan kepada Raja2 Melayu. Dalam sejarah pun kita belajar, yang sering kali mengkhianati Raja bukan rakyat biasa tetapi pembesar istana. Mereka ini pembesar yang “beraja di mata, bersultan di hati”. Maka eloklah kita berhati2. Naratif war room mereka selepas pemecatan Raja dalam sidang media/ live FB, ialah untuk pertahankan Undang bukan pertahankan Raja sendiri. Mereka menyebelahi pembesar Negeri. Membuat persepsi Undang ini lebih atas dari YamTuan. Ini derhaka sekali! Berhati2 menerima dan berhati2lah menyambung naratif mereka. Kerana undang-undang negara juga jelas, cubaan menggulingkan Raja secara tidak sah bukan sekadar salah, tetapi boleh menjadi jenayah. Jangan cakap sis tak payung pulak. Salam hormat, Liyana Marzuki
52
311
11
844
48,957
2 ERA, 2 LAYANAN 2016 - Undang Johol dipecat mengikut adat dalam luak - Menteri Besar Tok Mat umumkan - Pengerusi DKU YamTuan Besar maklum & terima - Undang diminta kosongkan rumah Tiada stunt minta YamTuan turun takhta. Tiada bunyi kata Tok Mat campur tangan. ****************** 2026 - Undang Sungai Ujong dipecat mengikut adat dalam luak - Pengerusi DKU YamTuan Besar maklum & terima - Menteri Besar Tok Min umumkan - Undang diminta kosongkan rumah Undang yang dipecat, 2 hari lepas tu, isytihar YamTuan perlu turun takhta. Nak digantikan dengan Yamtuan Baru. Geng UMNO N9 side Undang pulak. Salahkan Tok Min lindungi YamTuan dari diguling dan sailang dia dari jadi MB. 2 era 2 layanan berbeza. Biar fakta berbicara. Rakyat N9 boleh menilai sendiri apa sebabnya. ~LM~
35
311
7
714
34,911
MISOGYNIST YB Fadhli Shaari. Dalam banyak2 rakyat Malaysia yang membahan dia, hari2 memperlekehkan kebolehan dia jadi YB, dia pilih jugak nak bergaduh dengan perempuan 😊 Koyaknya seperti pondan. Siapa minat siapa ni sebenarnya? Syok YB berbalas hujah di FB dengan rakyat biasa. Di Pasir Mas takde kerja ke? Tak pernah lagi mana2 YB melayan dan berbalas posting dengan saya sekoyak sebegini. Saya pernah kritik KJ, Syahril Hamdan, Rafizi Ramli dan Wan Ahmad Faysal. Tetapi mereka ini ada kelas tersendiri. Balas hujah secara gentleman. Rilex je dikritik. Tapi YB Pasir Mas hati tisu, low class sekali. Bila rakyat biasa komen di wall dia, dia siap delete dan block. Ini bukan level YB, tapi misogynist. Lelaki yang suka bergaduh dengan perempuan. Konon nak tunjuk dia kuat. ************ Hakikatnya, dalam posting saya. Saya mintak dia bersolidariti dengan Arwah Wan Ahmad Faris. Kibarkan banner untuk Arwah. Untuk konvoi Pemuda PAS esok hari di KB. Tapi itu dia elak untuk jawab. Dia pilih helah strawman strategy. Pick and choose narrative. Bab kezaliman pada Wan Ahmad Faris dia butakan mata. Siap gelak2 dan menganjing. Ini memang YB hati kering. Moga Allah balas wakil rakyat yang lupa amanah pada anak bangsa. Moga Allah balas seteruk2 hukuman kepada pembunuh Wan Ahmad Faris, termasuk juga kepada mereka yang menutup pembunuhannya. Juga kepada pemimpin yang boleh bergelak ketawa bila keluarga mangsa mohon bantuan bersolidariti. Ini lah contoh pemimpin yang zalim sekali. Moga gelap masa depan beliau dalam politik. Salam hormat, Liyana Marzuki NB- Ini contoh stunt bebal dia tahun lalu. Kena bahan dia nyorok posting dia seminggu. And the bebalism continues…
25
100
3
300
11,140
15
50
1
221
11,982
Aty Nasir retweeted
Ramai tengok isu NexG ini seperti satu lagi pergaduhan bisnes. Ada nama Victor Chin, ada cerita ambil alih saham, terus orang anggap ini sekadar drama korporat. Isunya jauh lebih besar daripada itu. Victor Chin bukan orang luar kepada sistem ini. Secara profesional, dia memang dikenali sebagai orang yang tahu mengumpul dana, susun pegangan saham, ambil alih syarikat, kemudian menaikkan nilai syarikat itu. Maksudnya, dia sebahagian daripada ekosistem yang memang sudah lama wujud. Tetapi sebab sebenar NexG menjadi rebutan bukan semata-mata duit. NexG menyentuh perkara yang sangat strategik kepada negara. MyKad. Pasport. Dokumen pekerja asing. Segala bentuk pengenalan rasmi yang akhirnya digunakan dalam urusan bank, urusan kerajaan, malah mengundi. Bila sebuah syarikat duduk di tengah sistem identiti negara, siapa yang mengawalnya bukan lagi sekadar memegang satu syarikat. Dia memegang sesuatu yang jauh lebih besar. Sebab itu, saya kata isu ini tak boleh dibaca sebagai cerita saham semata-mata. Yang lebih merisaukan ialah bila aset strategik seperti ini boleh menjadi rebutan kelompok berkepentingan. Itu tanda masalahnya bukan pada satu dua nama. Masalahnya pada sistem yang membenarkan perkara seperti ini berlaku. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM #41: youtube.com/live/-HujDcVKHzU…
23
160
9
457
27,382
Aty Nasir retweeted
Tbt…at 15.59 Dr Bee Boon Cheak, Consultant Nephrologist alerted me with this short message.. Hi YB Datuk Seri, Our deceased organ donor this morning, Selayang Hospital (liver, bilateral kidneys, bilateral corneas, heart and heart valve).. He later gave a longer whasap and l take liberty to share it here…🙏 This is the story for this kindhearted young donor whose compassion touched everyone around him. Just one month ago, he spoke to his parents about his wish to become an organ donor. With full understanding and love, they supported his decision. According to his mother, he did not buy any Raya clothes this year — almost as if, deep down, he knew his time in this world would be short. On his phone, he had kept information about the National Kidney Foundation, a quiet reflection of his intention to give life to others. Today, on what is also his mother’s birthday, she holds onto his final wish. Through her grief, she finds strength in honoring what he wanted — to give hope and life to others even after he is gone.🌹 With a mother’s love and courage, she pleaded with us to help fulfill her son’s last wish in this life.🥹 At around 4 a.m. this morning, the “walk of honor” took place. In those solemn moments, he was not alone. Surrounded by family and many friends, they walked alongside him — a final journey filled with love, respect, and gratitude.❤️ Though his life was brief, his legacy will live on in the lives he saves.🤲🤲🌺🌺😍😍 Tears welled in my eyes as l wrote back… Dear Dr Bee, In a moment of loss, this family chose courage, generosity, and humanity beyond measure. Their decision transforms grief into grace, and sorrow into salvation for others..❤️🌹 May God Almighty envelop this soul in His infinite Mercy-Rahmah, grant them the highest place in His Paradise & place them among those who are received with honour and tranquillity..🤲🌹❤️🤲
4
118
7
334
18,792
Aty Nasir retweeted
13 𝘔𝘢𝘤 2026 𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦 Walaupun siasatan mengenai tuduhan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki telah pun selesai dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sehingga kini tiada maklumat yang telus mengenai hasil siasatan itu disiarkan kepada orang ramai. Maklumat-maklumat yang ada hanyalah dari sidang media oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan tidak menyatakan hasil siasatan yang penuh. Setakat ini, maklumat yang dilaporkan dari sidang media itu memberi gambaran: 1)Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan, sebab itu perkara itu dirujuk kepada Lembaga Disiplin JPA untuk tindakan lanjut; dan 2)Kerajaan tidak akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tuduhan mengenai mafia korporat dan persubahatan SPRM, kerana perkara itu akan disiasat secara berasingan oleh agensi-agensi penguatkuasaan sedia ada. Akibat tindakan kerajaan yang mahu menyembunyikan hasil siasatan, seolah-olah dengan harapan perkara ini lama kelamaan akan tenggelam, ia menimbulkan pelbagai spekulasi kerana maklumat-maklumat dari Putrajaya akan terus bocor kepada pihak media dan orang ramai. Ia bermula dengan laporan Straits Times dan Bloomberg minggu ini bahawa tempoh perkhidmatan Tan Sri Azam Baki tidak akan disambung. Berita terbaru dari Putrajaya yang kini sedang berlegar, mengikut sumber-sumber kerajaan, ialah dakwaan mengenai penemuan siasatan ke atas pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, seperti berikut: 1) Jumlah saham yang dimiliki berjumlah RM14 juta di dalam 9 buah syarikat; dan 2) Pembelian saham-saham ini tidak mendapat kelulusan atau diisytiharkan seperti yang sepatutnya. Selagi kerajaan tidak mengumumkan hasil siasatan secara telus, termasuklah jumlah saham yang terlibat, jumlah syarikat dan bagaimana pelanggaran berlaku, spekulasi mengenai perkara-perkara ini akan terus bertiup kencang. Pada satu ketika, ia juga akan dilaporkan oleh pihak media, seperti mana beberapa pendedahan yang telah dilaporkan setakat ini. Rakyat berhak tahu perincian hasil siasatan kerana jika jumlah saham yang ditemui adalah RM14 juta seperti yang didakwa, isu ini tidak wajar ditangani semata-mata sebagai pelanggaran peraturan penjawat awam. Jumlah saham sebanyak RM14 juta mengundang persoalan mengenai punca kekayaan dan pendapatan Tan Sri Azam Baki kerana tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai seorang penjawat awam kanan. Lazimnya, jika seseorang disiasat kerana punca kekayaannya diragui, SPRM akan mengambil tindakan-tindakan berikut terhadap orang kena siasat: 1)Akaun-akaun dibekukan; 2)Orang kena siasat perlu membuat pengisytiharan harta; dan 3)Jika gagal mengisytiharkan harta, orang kena siasat akan didakwa. Sekiranya dakwaan bahawa jumlah saham yang terlibat adalah RM14 juta di dalam 9 syarikat itu benar, kegagalan kerajaan menyiasat punca kekayaan Tan Sri Azam Baki akan dilihat sebagai bukti kerajaan bersubahat untuk melindungi Tan Sri Azam Baki. Oleh sebab itulah, saya menggesa kerajaan dengan segera mengumumkan secara terperinci hasil siasatan setakat ini untuk mengelakkan spekulasi, termasuklah jumlah saham yang dimiliki dan jumlah syarikat-syarikat yang terbabit. 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
36
325
12
706
27,377
Bayangkan tahap level cytro Madani ni menjilat. Kalau dah sampai Azam Baki yang dulu kita suruh dia turun dan tangkap Azam Baki pun mereka pertahan, hanya kerana dia buat kerja. Jadi saya meminjam kata² dari saudara @mypolitiko. Umpama menyuruh kami percaya penjelasan Najib duit masuk akaun dia, duit derma.
3
110
2
220
8,733
TERSUSUN Semalam banyak portal online naikkan video ini almost secara serentak. Video gangster India cuba langgar seorang pemuda. Siap kata nak berperang. Ini kes berkepentingan awam. Polis kena masuk cepat sekarang. Sahkan kebenaran video dan kalau betul. Tangkap pelaku segera. Dah jadi kes cubaan membunuh. Juga perlu semak, siapa di belakang semua portal ini. Seperti tersusun sekali. Fake accounts dan troll farm kunci profile pun banyak sekali di FB dua tiga menjak ini. Moga Allah lindungi Malaysia dari sengketa. Dan hentikan usaha mereka2 yang cuba melaga2. Silent majority dan thinking middle. We need to be tactful now. Master our emotions. And don’t let emotions master us. Salam hormat, Liyana Marzuki
25
217
9
565
60,676
Aty Nasir retweeted
Izzah masuk Izzah. Izzah masukkkkk
Malaysia’s anti-corruption chief Azam Baki held millions of shares in a financial-services company, a corporate filing shows, the first public disclosure of a major stake in his name since an uproar over his shareholdings several years ago bloomberg.com/news/articles/…
42
145
6,092
Doa kita sama2 tadı… Dah sub-4. Alhamdulillah… Harap boleh capai RM3.50 seperti jangkaan penganalisis hujung tahun ini. Heal Malaysia heal 💕🙏 Doakan negara sembuh sepenuhnya, demi anak2 kita 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻 ~LM~
13
244
3
1,010
25,857
𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗧𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Dato’ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Dato’ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Dato’ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Dato’ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Dato’ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Dato’ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Dato’ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Dato’ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di rafiziramli.com/category/1md… Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.
104
854
52
1,908
200,741
Aty Nasir retweeted
Padahal hukuman penjara dah dikurangkan 50% (akan bebas pada 23 Ogos 2028) dan hukuman denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.. Pun masih tak bersyukur.. Yang berhimpun dan buat majlis doa selamat pertahankan penyamun ni tak tahulah macamana pemikiran nya..🤔
17
175
1
408
7,894
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke Yee Ching, pagi ini menolak permohonan Najib untuk tahanan rumah dan mengarahkan supaya dia dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya. Berita penuh: mk.my/lF9xryc
76
136
35
304
40,053
𝗞𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗜𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜, 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗡𝗜…. Minggu ini dua kali saya terpaksa gantung kandungan politik. Mula-mula pasal nasi lemak. Kali ini pasal scam. Sekarang sedang berlegar di media sosial terutamanya YouTube satu video pasal satu pelaburan. Konon yang saya buat. Sekarang deepfake makin hebat. Dia ambil video podcast saya, ubah sana sikit sini sikit, tiba-tiba saya penasihat kewangan janjikan pelaburan juta-juta. Saya akauntan. Dalam latihan kami, akauntan memang konservatif. Kalau ada orang datang cakap ada pulangan lebih 20% setahun, apatah lagi 20% sebulan, memang saya kata scam. Kalau ada pelaburan yang boleh bagi pulangan macam itu, tak de lah saya buka Kesum dan Fleximart nak buka peluang kepada anak-anak muda. Kesian budak-budak ni jual nasi lemak ayam berempah RM5. Baik saya letak duit dalam pelaburan dapat juta-juta tiap-tiap bulan. Kita sama-sama lawan scam, tolong sebarkan mesej ini.
12
134
2
324
12,114
Ramanan kita tahu dia ahli parlimen Sungai Buloh, Naib Presiden PKR dan Timbalan Menteri. Dia bagus atau tidak, itu lain cerita. Tapi Marhamah, dia ini siapa?
Marhamah angkat sumpah sebagai Senator petang tadi #BHnasional Penceramah agama, Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang ini. bharian.com.my/berita/nasion…
23
56
3
249
49,847
Di poster, hari pertama kedai selalu nampak cantik. Dalam episod ini, kita tunjuk realiti sebenar bila idea gila cuba dijadikan kenyataan. Fleximart dan KESUM dibuka pintu dengan sasaran 300 pelanggan, tapi yang datang jauh lebih ramai. Hadi dan Syafiq, dua orang biasa yang tiba-tiba jadi “captain” kedai murah, bergelut dengan stok, staf, SOP yang tak siap, dapur sesak dan badan yang tak cukup rehat. Sampai satu tahap, KESUM terpaksa tutup dua hari, bukan untuk lari, tapi untuk betulkan semua. Pada masa yang sama, di Elmina, gajet lama dihidupkan semula melalui Pinjam Gajet, satu lagi inisiatif di bawah Ayuh Malaysia di mana anak muda dilatih menjadi ‘technopreneur’ dan satu laptop disasarkan untuk setiap rumah. Kalau ini pertama kali anda menonton Ayuh Originals, boleh tonton balik Episod 1 dan 2, supaya nampak penuh perjalanan Ayuh Originals daripada hari bermula sebagai idea, sampai saat rancangan-rancangan ini betul-betul diuji. Tonton penuh Episod 3 Ayuh Originals di saluran YouTube saya: youtu.be/Ojo7ZNtSkmo?si=lsEz…
11
120
4
436
22,768
Modus operandi PAS ini kita dah lama tengok: “Kami buat boleh, orang lain buat tak boleh." Isu tulisan Cina di batu asas ini cuma contoh terbaru. Bila di halaman sendiri, mereka cipta seribu dalil. Bila di tempat lain, mereka jadi pahlawan bahasa. Isu wayang ini bukanlah yang paling bahaya. Yang lebih bahaya ialah mereka mainkan sentimen rakyat Kedah kononnya dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan. Projek yang mereka canang-canangkan ini, Kedah Rubber City, hakikatnya adalah bukti yang menyangkal dakwaan ini. Siapa yang kelola projek? Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi, Kerajaan Persekutuan. Pelaburan kilang tayar ini bernilai dalam RM2 billion lebih. Maksudnya, dari awal, projek yang mereka berdiri di depannya untuk ambil gambar ini, adalah hasil usaha, perancangan, dan pembiayaan Kerajaan Persekutuan. Inilah ironi yang terbesar. Mereka yang menuduh Kerajaan Persekutuan 'menganaktirikan' Kedah, adalah pihak yang paling pantas mencanangkan kejayaan projek yang sebenarnya dibawa dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan itu. Jadi, bila mereka lagi yang mainkan sentimen 'Kedah dianaktirikan', tanya mereka balik: "Kalau benar dianaktirikan, dari mana datangnya projek bernilai billion-billion ringgit seperti ini?" Hujah 'dianaktirikan' itu hanyalah senjata politik untuk menutup kegagalan dan kelemahan mereka sendiri. Tonton ulasan isu ini di Podcast YBM Episod 23 di saluran YouTube saya. 𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝟮𝟯: youtube.com/live/hVf8FbNa9v0…
35
349
6
912
34,808