mawarne retweeted
Di saat timeline kita mula riuh dengan video anak-anak muda mengikat beg di belakang motosikal untuk meredah lebuh raya PLUS pulang beraya, stesen-stesen kereta api di Jepun minggu ini memaparkan pemandangan perpisahan yang sangat menyesakkan dada. Bulan Mac dan April di negara matahari terbit ini bukanlah musim untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Sebaliknya, ia adalah bermulanya tahun kewangan baharu. Ini adalah musim Tanshin Funin, di mana beribu-ribu ketua keluarga, para pekerja salaryman, diarahkan oleh syarikat untuk berpindah dan bekerja di bandar atau wilayah lain, meninggalkan isteri dan anak-anak di kampung halaman demi kelangsungan operasi empayar korporat.
Di sinilah saya melihat pertembungan dua wajah marhaen yang sedang bertarung dengan 'belenggu' kehidupan yang sangat berbeza.
Di dalam tren di Tokyo, saya melihat wajah-wajah pasrah bapa yang terpaksa menundukkan diri kepada sistem. Kepenatan mereka adalah kepenatan yang kosong.
Mereka berkorban nyawa, masa, dan keluarga hanya demi memuaskan KPI syarikat besar atau sistem kapitalis yang tidak mempedulikan air mata perpisahan mereka. Mereka hidup dalam sistem di mana bos dan penguasa bertindak umpama 'Penguasa Berdarah Emas' yang menentukan di mana marhaen patut bernafas esok hari.
Tetapi bila saya menatap skrin telefon melihat orang kita di tanah air, ada satu 'pemberontakan' jiwa yang sangat indah sedang berlaku. Beribu-ribu marhaen kita, iaitu pekerja kilang, kerani, penghantar makanan sanggup menunggang motosikal kapcai meredah hujan dan panas beratus kilometer.
Mereka bersesak dengan lori, mempertaruhkan nyawa di atas jalan raya. Bahaya? Ya. Penat? Sangat penat. Tapi kepenatan mereka itu bernyawa. Mereka merempuh jalanan itu bukan untuk KPI bos di pejabat. Mereka merempuh bahaya semata-mata untuk cium tangan mak ayah di pagi Syawal.
Dalam sistem dunia yang memuja pangkat dan harta, kepenatan anak-anak muda kita di atas lebuh raya mungkin dipandang sepi. Tapi hakikatnya, pemuda-pemudi marhaen berdarah merah inilah penyembuh kemanusiaan yang sebenar.
Di saat golongan 'Penguasa Berdarah Emas' dan berdarjat perak atau biru di atas sana berlumba-lumba membina kekayaan sehingga tergamak memecahbelahkan keluarga pekerja mereka, anak-anak muda kita melakukan hal yang sebaliknya. Mereka meredah jarak beratus kilometer semata-mata untuk menjahit semula urat nadi kekeluargaan yang terputus oleh tuntutan rezeki.
Tanpa sedar, pemuda berbaju hujan yang kesejukan di atas kapcai itu sedang memikul tugas seorang 'Kesatria Penawar'. Mereka pulang untuk merawat kerinduan dan memulihkan jiwa orang tua di kampung.
Kemenangan manis untuk menyatukan semula sebuah keluarga di pagi Syawal tidak pernah memerlukan letupan atau senjata tajam yang terhunus. Ia sekadar perlukan pusingan enjin motosikal, niat yang tulus, dan sepasang tangan yang sedia untuk memeluk luluh mak ayah di pintu rumah.
Jadi, buat kalian yang bakal memulakan perjalanan pulang ke kampung minggu depan, pandulah dengan selamat. Kepenatan kalian di atas jalan raya itu adalah sebuah kemewahan jiwa. Ia adalah bukti bahawa kalian masih manusia merdeka yang berlari ke arah cinta, bukan mesin yang berjalan menjauhi keluarga.
Raikanlah bingit dan sesaknya jalan raya kita. Kerana di hujung perjalanan itu, ada syurga yang menanti
mawarne retweeted
Bahagian Basikal dalam Bahasa Melayu
#bahasamelayu
#basikal
mawarne retweeted
Rasa-rasa ''sangat''
Manis :
manis menekak, manis melekang, manis melenting, manis melecas
Pahit :
pahit maung, pahit melepang, pahit mendahang
Masin :
masin melaut, masin perak, masin perat
Masam :
masam perat, masam mengerut, masam mengecut, masam meludat
(1/2)
mawarne retweeted
Menggunakan nama tempatan dalam bahasa ibunda adalah sangat baik, tetapi janganlah sampai berkeras untuk menukar nama saintifik yang telah dipersetujui oleh ilmiawan.
Mari mengenal nama-nama tempatan untuk bunga Gardenia !
#gardenia
#bungacina
#randa
#balam
#kacapiring
mawarne retweeted
Menggunakan nama tempatan dalam bahasa ibunda adalah sangat baik, tetapi janganlah sampai berkeras untuk menukar nama saintifik yang telah dipersetujui oleh ilmiawan.
Mari mengenal nama-nama tempatan untuk bunga Gardenia !
#gardenia
#bungacina
#randa
#balam
#kacapiring
Ada tak rujukan untuk tulis dua garis masa berbeza untuk dua watak berbeza? Nak buat parallel, macam pelik pula.
2
50
Baca iklan penulis skrip komik Iman. Rasa macam nak apply. Tapi..... hutang manuskrip novel cinta dengan editor belum dilunaskan. Hukhukhuk
1
79
Mak ayah, tolonglah jangan beri nama anak dengan ejaan kreatif yang akhirnya membawa maksud yang buruk. Asal maksud خيرالله sebaik-baiknya Allah, jadi غيرالله tanpa/selain Allah.
Lepas tu bila suruh istighfar, budaknya sebut, "Lembu... lembu...."
4
101
Tv hari raya. Anak saudara lelaki pilih anime sukan. Anak saudara perempuan suka cerita seram. Mujur tidak ada pergaduhan.
Sebab kata putus pada yang umur empat tahun. Tengoklah Didi & Friends tu sampai lebam. 😆
2
112
Hari raya. Kalau saudara belah ayah datang, stress rasanya. Semua beradab sopan, makan minum teratur, duduk elok-elok.
Kemudian, mak akan beri arahan pada anak, "Pergi salam nenek tu!"
Sayalah tu. Arghh!!
Sebab neneknya sepupu saya. 🥲
1
5
155
Mungkin orang kampung dlm drama selalu digambarkan kaki gosip, mengumpat & membawang.
Padahal kalau rewang, sambil kopek bawang tu org kampung saya sibuk cerita nak tingkatkan ekonomi.
Tapi mungkin kampunh saya je
Masa mengarang Bangkit, saya berkawan baik dengan laman nama2 baby untuk menamakan watak.
Maka, dapatlah nama antagonis, Datuk Asyar.
Tapi dia tak jahat sangatlah. Cuma kebas duit syarikat dan curang je.
Teringat masa ada satu kelas fiksyen dulu, cikgu pernah cakap, nama tu harus selari dengan wataknya.
Aku pegang betul sampai hari ni. Even nama tu jarang dengar, still kena search maksudnya. Tak kisahlah kalau bahasa sanskrit pun
4
177
mawarne retweeted
GB sederhana M5.1 di Sumatera Utara, Indonesia jam 6:22 pg, 18/3/25. Berpusat di 1.8° U & 99.2° T kdlmn 10 km. 41km Timur dr Sibolga,Indonesia.
Gegaran dirasai di Perlis,Kedah,P.Pinang,Perak, Selangor,W.P Kuala Lumpur,W.P Putrajaya,N.Sembilan,Melaka&Johor.
Saya tak tonton drama tv3 yang tular. Kisah haruan makan anak. Saya tak cukup sabar tengok cerita begitu.
Umur sekarang ni nak tengok cerita yang tenang-tenang je macam anime. Hahaha.
Cuma saya sangat terganggu dgn nama watak. Kenapa namanya, 'Iman' tapi perangai syaitan?
"Apa khabar manuskrip baru semua?"
Soalan editor dalam group KLit. Seorang demi seorang menyahut. Ada yang hampir siap. Tidak kurang juga yang memberi anggaran tempoh selesai.
Saya?
Pling!
Activate ilmu ghaib.
1
10
281
Takde yang nak dramakan novel Bangkit saya ke? Cerita orang IT jadi petani pisang. 👉👈
This Post is from an account that no longer exists. Learn more
















