Suhaimi Suib (@msuhaimisuib) header
Suhaimi Suib (@msuhaimisuib) profile picture

Traveller. Penang. Budak gemok kaki makan yang ada angan angan setiap tahun nak kurus. GGMU #BERSAMA

Sepang, Selangor
Joined January 2024
This is the worst Man Utd squad in years i swear that lazy to run. Does not show any passion to play football.
38
Ada beberapa pandangan yang mungkin berbeza ada yang kata running a party not like NGO buat amal. Yang tu baik join NGO but the truth i think rakyat harap parti politik become that way. You kalau buat makan, potluck, tebar roti canai, zumba sbb nak dekati orang muda …(contd)
1
28
You akan dilabel fake/not authentic bagi orang muda. Tapi kalau you betul ikhlas tolong orang muda you lepak kat tempat orang muda geng Grab lepak dengar kisah diorang pun diorang dah okay.
12
Suhaimi Suib retweeted
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗔𝗛𝗟𝗜, 𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 Pengundi di Melaka telah memilih. Keputusan PRN Melaka tidak mengejutkan dan telah dijangka. Untuk beberapa hari ini, kita akan mendengar pelbagai komen dan pandangan. Beberapa pandangan yang paling dominan termasuk: (1) Strategi bertanding solo adalah satu tindakan bodoh yang tidak akan ke mana-mana, BERSAMA perlu mencari rakan gabungan (2) Pembawaan politik BERSAMA tidak akan mendapat undi kerana pengundi melihat kepada parti berbentuk politik identiti Analisis seperti ini akan datang dari pak-pak profesor di menara gading, selain dari orang biasa. Orang yang menyertai dan menghidupkan platform politik seperti BERSAMA akan selalu disalaherti. Masyarakat sering menilai sesuatu berasaskan status quo sedia ada, sebarang perkara baru dibanding dengan status quo itu. BERSAMA sedia maklum bahawa politik identiti sedang membakar. Pengundi Melayu bersatu di bawah payung UMNO/PAS, pengundi bukan Melayu bergabung di bawah DAP. Parti-parti lain (termasuklah PKR, AMANAH, Wawasan dan banyak lagi) hanya menumpang kepada jaguh politik identiti Melayu dan bukan Melayu ini. Lebih kuat pengundi Melayu bergabung di bawah UMNO/PAS, lebih tegar pengundi bukan Melayu menguatkan DAP. Ini menghasilkan kitaran yang makin menjauhkan sesama kita di masa akan datang. Kitaran politik yang memberi kuasa yang terlalu kuat kepada politik identiti juga adalah pemula kepada skandal-skandal besar negara sebelum ini. Semua skandal ternama negara berlaku selepas UMNO gah di medan pilihan raya. Kitaran itu akan berulang kembali. Di peringkat permulaan ini, BERSAMA tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan atau menang besar dalam pilihan raya. Kami bukanlah PKR yang ditubuhkan untuk menjadi lebuh raya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, atau AMANAH sebagai landasan bekas pimpinan PAS. Atau BERSATU, Wawasan dan yang seumpama dengannya yang mencari rakan kongsi ke Putrajaya, tanpa kekuatan sendiri. BERSAMA dibina untuk menjadi pendinding kepada api politik identiti ini, yang mengajar rakyat menerima rasuah, kelemahan pentadbiran, politik persembahan (performative politics), dengan merendahkan standard ukuran politik yang sepatutnya memberi tumpuan kepada visi, lonjakan prestasi, kecekapan pentadbiran dan kebijakan. Memang gelombang politik identiti ini sedang berlaku, tetapi rakyat perlukan satu kumpulan politik yang tidak gentar dengan gelombang ini. Saya menolak politik identiti yang dibawa UMNO/PAS. Saya juga menolak politik yang dibawa oleh PH mutakhir ini kerana rentak politik yang dibawa oleh DAP secara tidak langsung menjadi sumbu kepada politik identiti UMNO/PAS. UMNO/PAS memerlukan DAP untuk menakutkan pengundi Melayu, DAP memerlukan UMNO/PAS untuk menjadi pembela bukan Melayu. Walaupun UMNO/PAS dan DAP sedang menunggang gelombang politik identiti ini, BERSAMA tidak gentar untuk melawan kedua-dua kumpulan ini di spektrum mereka sendiri. Kepada mereka yang mempersoalkan “strategi” BERSAMA, kami tahu ia misi berbahaya, tetapi kami yakin ia juga satu keperluan. Kami bukanlah UMNO/PAS yang menjadikan DAP musuh utama, tetapi tidak pernah berani berdepan dengan DAP di kubu kuat mereka. Begitu juga DAP yang menjadikan UMNO/PAS sebagai musuh utama, tetapi menghantar PKR/AMANAH untuk berhadapan dengan UMNO/PAS. Kami percaya untuk melawan politik identiti di kedua-dua spektrum, kami perlu berani membina kekuatan sedikit demi sedikit untuk memadamkan api besar politik identiti ini. BERSAMA genap 6 bulan minggu ini. Bagi sebuah parti berusia 6 bulan, ahli-ahli, sukarelawan dan pengundi BERSAMA telah membuktikan mereka boleh membumi dan berdiri sendiri. BERSAMA ada jentera yang setanding dengan parti-parti yang jauh lebih berusia. BERSAMA dibiayai oleh ahli dan orang ramai. Kempen BERSAMA di PRN Melaka sama naik, kalau pun tidak lebih rancak, dari sesetengah parti yang telah lama bertapak dan bergabung. BERSAMA tidak menang satu kerusi pun di Melaka. BERSAMA hilang deposit di 15 dari 16 kerusi yang ditandingi. Pada peringkat ini, saya tidak menilai potensi BERSAMA dari jumlah kerusi yang dimenangi. Saya nilai dari peningkatan dan trajektori dalam usaha berterusan membina BERSAMA sebagai platform yang menjadi antidot kepada politik identiti. Ukurannya bukan 6 bulan, bukan setahun. Ukurannya satu generasi. Ada beberapa perkembangan baik dari keputusan PRN Melaka. Di PRN Johor, BERSAMA tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu yang pekat. Di Melaka, BERSAMA bertanding di kerusi-kerusi maut majoriti Melayu seperti Serkam, Telok Mas, Kuala Linggi, Sungai Udang. Undi purata dari kerusi-kerusi majoriti Melayu ini adalah 4.26%, dengan undi tertinggi dari kerusi Sungai Udang pada 6% (kerusi yang 31% adalah dari kem tentera, yang secara tradisi mengundi Umno/kerajaan). Angka 4.26% dari pengundi Melayu mungkin nampak kecil, tetapi jika dibandingkan dengan undi gabungan PH+Bersatu (sekitar 15-20% di kalangan pengundi Melayu), sebuah parti yang berdiri sendiri sebenarnya mendapat undi Melayu yang tidak jauh berbeza dari parti-parti di dalam gabungan PH+Bersatu (sekiranya mereka bertanding sendirian). Undi dari kerusi campuran (pengundi Melayu antara 50% ke 65%) juga menunjukkan peningkatan yang baik. BERSAMA bertanding di 7 kerusi campuran di PRN Johor. Di PRN Melaka, BERSAMA bertanding di 4 kerusi campuran (kerana 7 dari 16 kerusi yang ditandingi adalah kerusi majoriti Melayu). Undi BERSAMA di kerusi campuran di Melaka adalah 7.68%, berbanding hanya 3.49% di Johor. 7.68% adalah kecil dan masih hilang deposit, tetapi ia peningkatan lebih 100% dalam tempoh 4 bulan (dari PRN Johor ke Melaka). Begitu juga di kerusi majoriti bukan Melayu. BERSAMA bertanding di 5 kerusi majoriti bukan Melayu di PRN Melaka, berbanding 8 di PRN Johor. Undi BERSAMA di kerusi majoriti bukan Melayu di Melaka ada 6.52%, berbanding 3.26% di Johor. Selain dari peningkatan 100% dalam tempoh 4 bulan, 4 dari 5 kerusi bukan Melayu di Melaka mendapat undi yang lebih tinggi dari peratusan undi kerusi terbaik di Johor. Saya akan bentangkan secara terperinci analisis PRN Melaka dalam Podcast YBM Jumaat ini. Bagi BERSAMA, ada beberapa peningkatan ketara dalam tempoh 4 bulan sejak PRN Johor: (a) Undi bukan Melayu meningkat lebih 100% berbanding PRN Johor (b) Undi Melayu tegar yang mengundi BERSAMA pada 4.26% adalah permulaan yang baik, setara dengan beberapa parti yang berada dalam gabungan utama (c) Kempen PRN Melaka dijayakan dengan lancar oleh jentera yang setanding dengan parti-parti di dalam gabungan Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua 16 calon BERSAMA yang telah bekerja keras, jentera dari kalangan ahli BERSAMA dan sukarelawan. Terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan dan membantu. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Melaka yang menjadi “early believers” kepada satu platform politik masa depan negara. Sebab itu rata-rata ahli dan penyokong BERSAMA berlapang dada dan bersyukur dengan keputusan di PRN Melaka. Kami tahu kami sedang menapak dengan lebih yakin dan lebih laju, berbanding parti dinosaur yang akan kehilangan rentak satu hari nanti.
70
254
20
960
41,764
Kepada semua ahli Bersama yang mengambil bahagian dalam PRN Melaka anda adalah wira semoga jasa dan pengorbanan kalian adalah pemula untuk negara yang lebih baik.
2
4
113
Suhaimi Suib retweeted
Aku nak saksikan baby kancil pertama esok. Aamiin 🤲 #Bersama 🟡🔵
3
9
51
1,490
Suhaimi Suib retweeted
Manifesto Parti BERSAMA untuk Pilihanraya Negeri Melaka 2026.
3
67
6
170
6,007
Suhaimi Suib retweeted
𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗 𝟳𝟬 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜, 𝗝𝗔𝗠 𝟵 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧! Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) minggu ini diawalkan ke malam ini, Khamis, 29 Oktober, bukan pada slot biasa pada Jumaat, jam 9 malam. Dalam episod #70, saya bersama Sdr. Haziq akan memberi tumpuan kepada penyertaan BERSAMA dalam PRN Melaka. Apa pertimbangannya, bagaimana persediaannya dan apa yang mahu dibawa kepada rakyat Melaka? Kalau sempat, kita akan sentuh juga perkembangan politik semasa yang lain. 🗓 Khamis, 29 Oktober 2026 ⏰ 9.00 malam di saluran YouTube Rafizi Ramli Set peringatan dan kongsikan kepada kawan-kawan. Tonton Podcast YBM Episod 70 di saluran YouTube saya.
12
53
5
173
7,596
Suhaimi Suib retweeted
Dari segi politik...Rafizi ni akan memusnahkan imej Anwar tidak lama lagi....setakat ni separuh lebih misi dia dah berjaya pun.... Benda yang UMNO tak mampu buat bertahun-tahun....Rafizi hampir berjaya dalam beberapa bulan sahaja... Isu serius tapi disampaikan penuh santai dan bersahaja diselang-seli lawak jenaka.... Contohnya.... Pakcik ingat depan Mahathir dia jerit lawan tetap lawan!! Tak...dia merayu tolong la bagi peluang lagi...jangan pecat lagi....🤣🤣🤣🤣 Dah tentu pentaksub sukar nak percaya...tapi Rafizi ni pandai menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam sesuai isu.... Dia berjaya membawa rakyat melihat Anwar dari perspektif yang tulen....
56
151
14
580
49,917
Selamat pagi semua lama aku tak tweet harini aku nak tweet yang aku nak kurus buat kali ke berapa ratus ntah. Harap misi ini berjaya.
1
2
78
Hakikat bahawa saya tinggal di Malaysia negara yang penuh dengan nikmat tetapi masih ada makcik yang hidup hanya dengan makan roti. Kita gagal bertahun tahun sebenarnya semua kerana orang politik yang memikirkan kuasa dan kekal berkuasa. Dah tiba masa kita ubah semua ini with #Bersama
Kalau kita mahu bantuan sampai kepada orang yang benar-benar memerlukan, kita mesti bermula dengan data yang tepat. Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan kerana negara memerlukan satu asas data yang boleh digunakan bersama oleh kerajaan. Sebelum ini, apabila kementerian atau agensi mahu membina sistem baharu, mereka sering perlu membina pangkalan data baharu dan meminta rakyat mengisi maklumat yang sama sekali lagi. Kalau seseorang berurusan dengan 20 agensi, berapa kali dia perlu mengulang butiran dirinya? PADU menggabungkan data daripada pelbagai agensi dalam satu pangkalan data utama. Dengan asas ini tersedia, pembangunan perkhidmatan baharu boleh lebih tertumpu pada bahagian yang rakyat gunakan seperti laman web, aplikasi dan urusan perkhidmatan, tanpa bermula dari kosong setiap kali. Ini membuka ruang untuk menjimatkan masa dan kos pengumpulan data serta pembangunan sistem. Kesan yang paling penting ialah pada bantuan sosial. Apabila maklumat yang berkaitan dapat dilihat dengan lebih menyeluruh dan disemak silang, kerajaan lebih mudah mengenal pasti bantuan yang bertindih, mengesan tuntutan yang meragukan, dan mencari orang yang layak tetapi tercicir. Saya masih ingat seorang mak cik yang datang meminta bantuan. Dia sudah lanjut usia, tiada pendapatan untuk makan, dan bergantung pada pemberian jiran. Apabila saya bertanya tentang STR, dia tidak tahu pun apa itu STR. Inilah exclusion error: orang yang patut dibantu, tetapi tidak sampai kepada bantuan. Pada masa yang sama, ada pula yang boleh menerima bantuan berulang kali kerana sistem tidak saling berhubung. PADU diwujudkan supaya kerajaan dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lebih lengkap. Pada akhirnya, ukuran kejayaannya mudah: rakyat tidak perlu mengulang perkara yang kerajaan sudah tahu, wang awam digunakan dengan lebih cekap, dan bantuan sampai kepada orang yang benar-benar memerlukannya.
2
69
Development over Danana beach site
26
Aku travel ke Vietnam sekarang ni aku rasa in 10 years kalau Malaysia pusing2 gitu sama je politik trust me Vietnam akan potong kita jauh ke depan. Betul kata @rafiziramli
2
126
On my way to Sapa from Hanoi really impress with the cabin and train.
1
73
Suhaimi Suib retweeted
JELAJAH KENDURI BERSAMA SIRI 2 DI PARLIMEN TANGGA BATU, DUN KLEBANG Kali ini kehadiran tetamu melebihi jangkaan kami dan alhamdulillah perjalanan program sangat baik. Terima kasih kepada semua yang hadir.
5
10
82
978
Suhaimi Suib retweeted
Hahahaha… Ada orang panas ceramah dekat sangat dgn dia. Ok. No problem. Kita pindah. Jom dtg ke lokasi baharu
5
17
108
3,991
Suhaimi Suib retweeted
The 3 best moments I managed to snap earlier. 🫶🏼 1. Bersama calon N24 Bemban, Dr. Solehin Salleh, abang kepada @drakmalsaleh. 2. Bersama Tuan @FaizalR98528. Sempat discuss satu dua perkara penting dalam kesibukan acara. Terima kasih bro. 3. Bersama calon kawasan aku, N14 Klebang, Saudara Young Jie Yu. He is very humble, educated, and approachable.
3
23
91
1,195
Harap Melaka PRN hujung September sebab saya travel ke Vietnam 11-20 September 2026. Rasa mcam nak jadi PACA lagi sekali untuk PRN Melaka pulak. Tak puas masa Johor haritu.
63
Suhaimi Suib retweeted
Saja try design language baru. Katanya Gen Z suka design2 macam ni. Maaf kami di BERSAMA tak promote baddies tapi boleh try cuba pikat minat dengan design macam ni kot.
25
31
2
179
9,236
Suhaimi Suib retweeted
Calon BERSAMA untuk PRN Melaka nanti telah diumumkan. Kami mengajak pengundi-pengundi Melaka untuk kenal dan santuni calon-calon kami agar kami boleh memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat setempat di Melaka nanti.
13
110
3
441
15,644