Kak nis retweeted
TNB just sent me my electricity bill! I think they charged me for the sunlight, moonlight, streetlights, the light of the Holy Spirit, and the light at the end of the tunnel. 😭
Kak nis retweeted
Syam pada zaman itu bukan sekadar Syria moden sebagaimana yang difahami hari ini. Ia merangkumi Syria, Palestin, Jordan, Lubnan dan sebahagian selatan Turki. Dari segi ekonomi, ia merupakan antara wilayah terkaya di dunia.
Dari segi ketenteraan, ia adalah benteng utama Rom Timur (Byzantine). Dari segi agama, ia merupakan pusat penting bagi agama Kristian.
Bandar-bandar seperti Baitul Maqdis, Damsyik, Hims dan Gaza dipenuhi gereja-gereja besar, biara-biara, pasar-pasar yang sibuk serta jalan-jalan batu peninggalan Rom yang menghubungkan satu bandar dengan bandar yang lain.
Jika Hijaz adalah tanah para pedagang dan pengembala, maka Syam adalah tanah para maharaja dan panglima.
Majoriti penduduk Syam ketika itu beragama Kristian dengan pelbagai mazhab dan aliran teologi. Terdapat juga komuniti Yahudi yang besar terutamanya di Palestin dan Baitul Maqdis. Selain itu terdapat kabilah-kabilah Arab Kristian seperti Ghassan yang berkhidmat sebagai sekutu dan kerajaan penampan bagi Rom Timur.
Pemerintah seluruh wilayah Syam ketika itu ialah Maharaja Rom Timur, Heraclius atau Hiraql sebagaimana disebut oleh ulama dan ahli sejarah Islam.
Beliau bukan sekadar pemerintah Syam tetapi maharaja kepada sebuah empayar yang menguasai sebahagian besar Mediterranean Timur.
Pada awalnya, dakwah Baginda Nabi SAW hanya diketahui oleh masyarakat Mekah dan sekitarnya. Namun selepas Perjanjian Hudaibiyah pada tahun keenam Hijrah, Rasulullah mula menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah besar dunia menyeru mereka kepada Islam.
Antara mereka ialah Kisra Parsi, Muqawqis Mesir, Najasyi Habsyah dan Heraclius Rom.
Rasulullah mengutus Dihyah al-Kalbi membawa surat tersebut menuju ke Syam sebelum akhirnya sampai ke tangan Heraclius.
Ketika itu Heraclius sedang berada di Syam dan menurut banyak riwayat sejarah, beliau berada di Baitul Maqdis untuk menunaikan nazar syukur selepas kemenangan besar Rom ke atas Parsi. Kemenangan Rom telah Allah rakamkan lebih awal di dalam Quran di dalam surah Ar-Rum.
Untuk memahami betapa besar peristiwa ini, bayangkan seorang maharaja yang baru sahaja menewaskan musuh ketat (Parsi), menerima surat daripada seorang nabi dari sebuah bandar kecil bernama Madinah yang ketika itu masih belum menjadi kuasa besar dunia.
Namun isi surat itu sangat jelas.
"Masuklah Islam, nescaya engkau akan selamat. Allah akan memberikan kepadamu pahala dua kali ganda. Jika engkau berpaling maka ke atasmu dosa rakyatmu."
Heraclius tidak terus membuang surat itu sebagaimana dilakukan oleh Kisra Parsi.
Sebaliknya beliau mula menyiasat.
Pada ketika itu kebetulan terdapat satu rombongan pedagang Quraisy berada di Syam dan ketuanya ialah Abu Sufyan bin Harb yang ketika itu masih merupakan musuh utama Islam.
Heraclius memanggil mereka ke istananya.
Abu Sufyan berdiri di hadapan maharaja Rom manakala para sahabat perniagaannya berdiri di belakangnya.
Heraclius berkata kepada mereka:
"Aku akan bertanya kepadanya. Jika dia berdusta maka hendaklah kamu mendustakannya."
Abu Sufyan kemudiannya mengakui:
"Demi Allah, kalaulah bukan kerana aku malu mereka akan menuduh aku berdusta, pasti aku akan berdusta tentang Muhammad."
Bermulalah satu sesi soal jawab yang akhirnya menjadi antara hadis paling terkenal dalam Sahih Bukhari.
Heraclius bertanya:
"Bagaimanakah keturunannya?"
Abu Sufyan menjawab:
"Dia daripada keturunan yang mulia."
"Adakah dia pernah berdusta sebelum ini?"
"Tidak."
"Adakah pengikutnya bertambah atau berkurang?"
"Mereka semakin bertambah."
"Adakah ada yang meninggalkan agamanya setelah memasukinya kerana membencinya?"
"Tidak."
"Adakah dia pernah mengkhianati perjanjian?"
"Tidak."
"Bagaimanakah peperangan antara kamu dan dia?"
"Kadangkala kami menang dan kadangkala dia menang."
Setelah mendengar semuanya, Heraclius membuat satu kesimpulan;
"Jika apa yang engkau katakan benar, dia akan menguasai tempat di bawah kedua kakiku ini."
Beliau kemudian berkata lagi:
"Aku mengetahui bahawa seorang nabi akan muncul tetapi aku tidak menyangka dia daripada kalangan kamu."
Dalam sebahagian riwayat beliau turut menyatakan bahawa jika beliau mampu menemui Muhammad SAW, beliau akan pergi kepadanya dan membasuh kedua-dua kakinya.
Pada saat itu, seorang maharaja Rom telah sampai kepada satu kesimpulan yang gagal dicapai oleh ramai pembesar Quraisy sendiri.
Beliau mengetahui Muhammad adalah benar.
Namun mengetahui sesuatu itu benar tidak semestinya bermaksud seseorang sanggup mengikutinya.
Menurut riwayat sahih, Heraclius kemudiannya mengumpulkan pembesar-pembesar Rom dan cuba mengajak mereka menerima Islam.
Reaksi mereka sangat keras.
Mereka bangun dalam keadaan marah dan bergerak menuju pintu-pintu istana.
Melihat reaksi tersebut, Heraclius segera menarik kembali kata-katanya dan mengatakan bahawa beliau hanya menguji keteguhan agama (Nasrani) mereka.
Pada saat itu, Heraclius membuat pilihannya.
Beliau memilih takhta Rom. Beliau memilih kestabilan empayar. Beliau memilih dunia.
Pada waktu yang hampir sama, seorang lagi raja menerima seruan yang sama.
Beliau ialah Najasyi, pemerintah Habsyah.
Apabila Jaafar bin Abi Talib membacakan ayat-ayat Surah Maryam di hadapannya, Najasyi menangis sehingga janggutnya basah dengan air mata.
Beliau berkata bahawa apa yang dibawa oleh Isa AS dan apa yang dibawa oleh Muhammad SAW datang daripada sumber cahaya yang sama.
Najasyi akhirnya beriman kepada Allah dan Rasulullah meskipun beliau memahami risiko politik yang bakal dihadapinya.
Jika Heraclius memilih kerajaan lalu kehilangan akhirat, Najasyi memilih akhirat tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kerajaannya.
Perbezaan sikap kedua-dua pemerintah ini sangat jelas dalam layanan Rasulullah SAW terhadap mereka.
Tiada riwayat sahih menunjukkan Rasulullah mencela Heraclius secara khusus.
Baginda memahami bahawa Heraclius bukan seorang yang jahil tentang kebenaran, sebaliknya seorang lelaki yang tewas kepada ketakutan kehilangan dunia.
Namun apabila Najasyi meninggal dunia di Habsyah, Rasulullah mengumumkan kepada para sahabat:
"Pada hari ini telah meninggal seorang lelaki soleh."
Baginda kemudian mengimamkan solat jenazah ghaib untuknya dan memerintahkan para sahabat mendoakan saudara mereka itu.
Heraclius memerintah salah satu empayar terbesar dalam sejarah manusia.
Najasyi memerintah sebuah kerajaan yang jauh lebih kecil.
Tetapi seorang dikenang sebagai maharaja Rom.
Manakala seorang lagi dikenang sebagai seorang mukmin yang disolatkan oleh Rasulullah SAW sendiri.
Ramalan Heraclius akhirnya menjadi kenyataan.
Tidak sampai dua dekad selepas kewafatan Rasulullah SAW, tentera Islam memasuki Syam.
Yarmuk jatuh.
Damsyik jatuh.
Baitul Maqdis jatuh.
Wilayah yang suatu ketika dahulu berada di bawah kedua kaki Heraclius akhirnya benar-benar berada di bawah pemerintahan umat Muhammad SAW.
Maharaja Rom itu telah melihat masa depan dengan jelas.
Beliau mengenali kebenaran ketika ia masih kecil, lemah dan asing.
Tetapi beliau tidak melangkah ke arah kebenaran.
Dan mungkin yang lebih menarik lagi ialah kesan pertemuan itu terhadap seorang lagi manusia yang berada di dalam bilik yang sama pada hari tersebut.
Abu Sufyan bin Harb datang ke istana Heraclius sebagai musuh utama Islam dan pemimpin Quraisy yang ketika itu masih memerangi Rasulullah SAW.
Namun beliau keluar dari istana itu dengan sesuatu yang mula bergolak di dalam dadanya. Setelah Heraclius selesai menyoalnya dan membuat kesimpulan bahawa Muhammad benar-benar seorang nabi, Abu Sufyan berkata kepada sahabat-sahabatnya:
"Demi Allah, urusan Ibn Abi Kabsyah telah menjadi begitu besar sehingga raja Bani al-Asfar pun takut kepadanya."
Kemudian Abu Sufyan sendiri mengakui:
"Maka demi Allah, tidaklah aku berhenti merasa yakin bahawa urusan Muhammad akan menang sehingga Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku."
Riwayat ini terdapat dalam Sahih al-Bukhari.
Replying to @RealSunBros
macam manelah gamaknya Syam time tu ek. mcm2 org mcm agama berkumpul kat situ.
Kak nis retweeted
Jawapan saintifiknya:
• Minyak masak jual dalam kilo (kg) disebabkan ia stabil terhadap suhu persekitaran (ambient temperature). Beli waktu sejuk ke, panas ke beratnya kurang berubah.
• Juga, kita je beli ikut kilo (kg), kedai komersial ikut isipadu, liter (L).
• Manakala petrol & diesel lebih mudah untuk berubah berat bila suhu persekitaran berubah².
Berdasarkan Coefficient of Thermal Expansion, bila suhu naik 10°C:
• Petrol = isipadu kembang 0.95%
• Diesel = isipadu kembang 0.82%
• Minyak masak = isipadu kembang 0.64%
Kak nis retweeted
GRAPHIC CONTENT ADVISORY! TRIGGER WARNING!
Aku jarang share benda camni tapi ni ada kena mengena dengan kejiranan aku.
Keta yang tempias akibat kemalangan ni jiran2 aku. Kejadian tak sampai berapa ratus meter taman aku.
Bayangkan 11:46 pagi ADA YANG MABUK BAWAK KETA CAMNI!
Kak nis retweeted
What Rex Tan deserved:
- Suspension from FMT
- Apology to public for poorly worded question
- Debate, condemnation, criticism
What Rex Tan didnt deserve:
- Death threats
- Doxxing
- Arrested under Sedition Act
Ask yourself, why do ppl like Akmal & PAS given a pass, and Rex not?
Kak nis retweeted
Selepas berbakul dikecam tweet syok sendiri si @ainhsaifulnizam
She deleted the tweet. No apology from a straight-up dumb narcissist kid who thinks the world revolves around her narrowed mind.
You might be a victim, but it doesn't mean you are the solution. Reality hit hard.
Kak nis retweeted
Video dibawah ni adalah hasil percubaan saya dalam bangunkan simulasi jet fire secara konsep asas. Apinya datang dari sumber atas permukaan tanah dengan anggapan (assumption) rekahan sebesar 0.8m2 dan 8kg/s kadar aliran jisim (mass flow rate).
Kak nis retweeted
Perempuan ni, independent mana sekalipun, gangster cara manapun, kalau dapat suami yang memang qawwam dan rijal, auto jadi taat tau, auto jadi dependent. So permasalahan gender ni, sampai kiamat pun takkan habis bincang.
Hangpa nak kahwin, kahwin.
Takmau kahwin sudah.
Kak nis retweeted
Macam biasa, lori eksiden lagi. Kali ni dengan bas. Esok kita dengar apa alasan dia. Kalau masalah brake/tayar, memang confirm rasuah masa inspection. Dah banyak kes dah lori eksiden, menteri takda cakap apa apa ke?
Kejadian baru terjadi. Semua lorong arah Utara dan lorong kanan arah Selatan terhalang. Trafik terhenti 6km arah Utara dan perlahan 3km arah Selatan. Untuk ke Utara, gunakan laluan alternatif keluar di Plaza Tol Ayer Keroh.
Info @plustrafik
Kak nis retweeted
Aaaaah ni namanya penunggang.
Nak dapat political mileage.
Ramai road safety advocates yang tak ada agenda politik yang dah berkurun cerita pasal keselamatan jalanraya.
Kita kena hentikan benda benda ni, sebab kalau tak, sampai ke sudah kita berpaksi pada ahli politik dan ahli politik akan ada “investors” yang dia kena “balas balik budi”.
Ingat nak bayar cyber troopers ni guna Mamee 3 paket ka? Time kita puji, dia diam. Bila pay master dia kena jentik, bersepah masuk.
Nasib baik ada orang mcm Lando dan MEPORS yang haram tak tengok duit, tapi lebih pada nyawa pengguna.
Dan tahniah pada media massa yang berani up laporan-laporan berasas dan neutral dari semua.
hmetro.com.my/mutakhir/2024/…
Kak nis retweeted
Aku dari Sepang ke Seremban tadi.
Belah kanan ada lori terbakar tepi jalan, belah kiri ada kemalangan lori dan motor, penunggang motor meninggal.
Apa nak jadi?
(24/12/2024 | 3:30PM)
#peraktu PLUS HIGHWAY: There is some congestion Northbound from the Menora Tunnel to Kuala Kangsar due to an accident blocking the left lane at KM257.7.
Photo: Wazer world_9izuzvme
Kak nis retweeted
Replying to @bckupacc99 @nzmghani
Dude set up his phone, record, edit, cut, captioned and post it online. Wow. "Behold world, for I, am such a modest man, witness my virtue and take me as example on modesty of a man" lol holy shit content creatorrr. Lol



































