PakTarm (@paktarm) header
PakTarm (@paktarm) profile picture

kisah-kisah santai seorang PakTarm

Malaysia
Joined April 2010
Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)Photo by PakTarm (@paktarm)
Putrajaya | 30 Oktober 2026 | Jumaat Syabas dan tahniah Indah Water Konsortium (IWK) atas kejayaan meraih Anugerah Platinum di Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) 2026. Anugerah atas kejayaan โ€œMeningkatkan Kecekapan Pengurusan Rayuan Teknikal Agensi Perakuan Pembetungan (APP)โ€ itu telah diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, selaku Chief Reformation Officer (CRO) PETRA, bersama para pegawai IWK dalam majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam, semalam. Persidangan yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2026 ini bertemakan โ€œMempercepat Pelaksanaan dan Memperhebat Reformasiโ€, dengan menyaksikan sebanyak 159 pembentangan projek RKB dipertandingkan di peringkat nasional. Dalam usaha memperkukuh agenda reformasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan, Bahagian Perancangan Strategi dan Antarabangsa (BPSA) telah membawa enam projek PETRA dan agensi untuk dipertandingkan di peringkat nasional. Kejayaan IWK meraih Anugerah Platinum ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan kecemerlangan dalam melaksanakan reformasi birokrasi, sekali gus mencerminkan kesungguhan PETRA dan agensi dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Tahniah sekali lagi kepada IWK atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan reformasi yang lebih progresif, berimpak tinggi dan berterusan demi kecemerlangan perkhidmatan awam. #PETRA #IWK #MalaysiaMADANI
2
6
492
RT @PetraJayaMP: Usai menggulung perbahasan di Dewan Rakyat lewat petang tadi, saya berkesempatan menziarahi pengawal pengiring polis saya,โ€ฆ
1
1
Parlimen | 27 Oktober 2026 | Selasa Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Dewan Rakyat petang ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan. Setiap isu yang dibangkitkan mencerminkan harapan rakyat agar bekalan air dan elektrik lebih terjamin, risiko bencana dapat dikurangkan dan pembangunan negara dilaksanakan secara mampan. Belanjawan MADANI Kelima Tahun 2027 memperuntukkan RM5.33 bilion kepada PETRA, termasuk RM4.93 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini membawa amanah besar untuk memastikan manfaat pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat. Antara fokus utama PETRA ialah: โœ… Memperkukuh tebatan banjir dan perlindungan pesisir melalui pelaksanaan 151 projek tebatan banjir serta 50 projek pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara sungai. โœ… Menjamin bekalan air bersih dan berterusan melalui penggantian paip kritikal, pengurangan kehilangan air serta pengukuhan infrastruktur bekalan air di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. โœ… Melindungi pengguna elektrik melalui langkah bantuan bersasar, penambahbaikan mekanisme AFA serta pelaburan bagi memperkukuh kestabilan Grid Nasional. โœ… Mempercepat peralihan tenaga lestari dengan sasaran 35% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2030, memperluas pemasangan solar serta menyediakan insentif kepada rakyat untuk menikmati tenaga bersih. โœ… Membuka peluang ekonomi kepada rakyat melalui penyertaan syarikat Bumiputera, komuniti setempat dan generasi FELDA dalam industri tenaga bersih. โœ… Memastikan pembangunan pusat data dan teknologi baharu tidak membebankan pengguna lain, selain meneliti hala tuju tenaga nuklear secara bertanggungjawab dengan mengutamakan keselamatan dan kepentingan negara. โœ… Mempercepat pelaksanaan projek melalui pemantauan rapi, penyelarasan antara agensi dan intervensi awal agar setiap peruntukan memberi hasil yang nyata. Bagi saya, ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar jumlah peruntukan atau bilangan projek yang diluluskan. Ukuran sebenar ialah manfaat yang dirasai rakyat. Rakyat mahukan bekalan air yang tidak terganggu, elektrik yang stabil, kawasan kediaman yang lebih terlindung daripada banjir serta pembangunan tenaga bersih yang mampu milik dan mampan. Insya-Allah, PETRA akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, demi memperkukuh daya tahan negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Kita bukan sekadar membina infrastruktur. Kita sedang membina masa depan negara. #Belanjawan2027 #PETRA #MalaysiaMADANI
4
12
1,761
๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis akan menyertai Hari Profesion Teknikal Negara 2026 Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan pada 24 Oktober 2026, Sabtu mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra, Ulu Pauh, Perlis. THBM Perlis akan menyertai program tahunan ini sebagai pempamer, dalam program tahunan yang diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan warga teknikal dalam memacu kemajuan infrastruktur, landskap pembangunan dan pemodenan negara. Justeru, jemput beramai-ramai ke reruai THBM Perlis, reruai No. 1, untuk kenali kami THB Maintenance Sdn. Bhd. dengan lebih dekat. THB Maintenace Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar #THBMHQ #THBMPerlis
3
4
147
๐“๐‡๐๐Œ ๐Œ๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐š๐ค ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin mengulangi komitmen sediada bahawa ๐“๐‡๐๐Œ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐ฉ ๐š๐ง๐ญ๐ข-๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก. Melalui prinsip ini, tiga (3) elemen utama telah menjadi amalan semasa, iaitu :- ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ฐ๐š๐ซ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐š๐ฉ๐š ๐ฃ๐ฎ๐š ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐Ž๐‹๐€๐Š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐‹๐€๐๐Ž๐‘ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฆ๐š Justeru, jika terdapatnya sebarang perlakuan rasuah dikalangan warga kerja THBM, aduan boleh dibuat melalui saluran ini, iaitu :- ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› thbm.com.my/integrity-governโ€ฆ ๐ž-๐ฆ๐ž๐ฅ [email protected] THB Maintenance Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
4
5
386
PakTarm retweeted
KENYATAAN MEDIA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA: LLM DAN PCSB GIAT LAKSANAKAN PEMULIHAN DAN PENAMBAHBAIKAN APLIKASI TuJu
15
11
10
11
14,040
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin menzahirkan ucapan buat seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Malaysia. Moga hari yang begitu bermakna ini, akan dijadikan momen untuk kita untuk mengenang kembali sejarah pembentukan tanah tumpah tanahair tercinta ini, Malaysia. Bersama kita untuk terus memelihara perpaduan dan mengekalkan keharmonian, demi kemakmuran generasi hari ini dan akan datang. ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข THB Maintenance Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
3
5
338
PakTarm retweeted
๐Ÿšซ Jangan jadi punca trafik terganggu! Mulai 1 Ogos 2026, POC Had Laju Nasihat Minimum akan dilaksanakan di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS dan SKVE.
1
7
4
388
PakTarm retweeted
3
6
291
PakTarm retweeted
KENYATAAN MEDIA 1 OGOS 2026 PELAKSANAAN PEMBUKTIAN KONSEP (POC) HAD LAJU NASIHAT MINIMUM DI LEBUH RAYA Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang MIROS : miros.gov.my/HLNM
1
11
2
11
2,088
Hari ini, saya berkesempatan meluangkan masa dan beramah mesra dengan para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis di ruang legar Parlimen. Lawatan sehari ke Kompleks Parlimen ini diketuai oleh Pengetua MRSM Beseri, Mohd Rizalmi Bin Dahaman, bersama-sama 10 orang guru dan 30 orang pelajar. Semoga lawatan sambil belajar ini memberikan pendedahan yang bermanfaat serta menyuntik semangat kepimpinan baharu dalam diri anak-anak muda ini. #TPMFY #PETRA #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja Parlimen l 13 Julai 2026 l Isnin
3
1
13
1,381
ู„ูŽุง โ€ŒุญูŽูˆู’ู„ูŽ โ€ŒูˆูŽู„ูŽุง โ€Œู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ โ€Œุฅูู„ูŽู‘ุง โ€Œุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan dan keizinan Allah SWT. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas limpah perkenan Baginda terhadap lantikan patik sebagai Menteri Besar Johor. Patik juga dengan penuh takzim merafakkan sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan serta kepercayaan yang diberikan kepada patik untuk terus memikul amanah sebagai Menteri Besar Johor. Patik akan terus melaksanakan amanah ini dengan penuh taat setia demi kemajuan negeri dan kesejahteraan Bangsa Johor. Saya sedar bahawa setiap keputusan yang akan dibuat selepas ini akan memberi kesan kepada kehidupan jutaan Bangsa Johor. Justeru, saya berdoa agar Allah SWT terus membimbing setiap langkah, mengurniakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta menetapkan hati saya untuk sentiasa berlaku adil, amanah dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab ini. Pada masa sama, suka saya kongsikan, atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor. Pengisytiharan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16. Akhir sekali, saya memohon doa daripada seluruh Bangsa Johor agar Allah SWT terus memimpin dan mempermudahkan segala urusan kami. Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan integriti. Semoga setiap keputusan yang dibuat sentiasa mendapat petunjuk dan keredaan-Nya. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor
26
113
14
401
38,623
YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PENGERUSI BARISAN NASIONAL KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN), di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (12 Julai). Turut hadir dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi BN Johor. BN telah meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan semalam, dengan merangkul 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan. #YDPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara
6
26
2
160
18,495
Hari ini saya mendengar sendiri keluhan kontraktor kecil Bumiputera yang hadir di Mesyuarat Perwakilan Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) Kali Ke-13. Isu yang dibawa bukan sekadar soal gred atau projek, tetapi soal kelangsungan syarikat kecil yang bergantung kepada peluang kerja kerajaan untuk terus bertahan dan berkembang. Dalam ucapan saya sebelum merasmikan mesyuarat ini, saya mengambil maklum kebimbangan berkaitan arahan atau dasar kenaikan kontraktor G1 ke G2. Saya faham bahawa tidak semua kontraktor kecil berada pada tahap kapasiti yang sama. Ada yang masih memerlukan masa, ruang dan sokongan sebelum mampu bergerak ke gred lebih tinggi. Saya juga mengambil perhatian serius terhadap isu kekurangan peluang projek, termasuk pelaksanaan undian projek yang semakin berkurangan di beberapa negeri. Perkara ini memberi kesan langsung kepada kontraktor kecil, khususnya G1, yang sangat bergantung kepada projek berskala kecil untuk meneruskan operasi. Bagi saya, perkara ini bukan perkara kecil. Ia menyentuh soal dasar dan hala tuju pembangunan kontraktor Bumiputera. Sebab itu, isu ini akan dibincangkan secara dalaman terlebih dahulu bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum hala tuju yang lebih jelas dibawa ke peringkat atasan, termasuk Kementerian Kewangan, untuk dipertimbangkan secara positif. Kerajaan MADANI juga telah menunjukkan komitmen jelas apabila YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peningkatan peruntukan perolehan kerja bagi kontraktor G1 hingga G4 daripada RM2.4 bilion kepada RM4 bilion di Perak. Ini membuktikan bahawa agenda memperkasa kontraktor kecil Bumiputera terus diberi perhatian. KKR akan terus membawa suara persatuan dan kontraktor kecil ini supaya dasar yang dirangka benar-benar membantu mereka berkembang secara tersusun, adil dan mampan. #KKR #PERKOBF #MYJalan #MadaniBekerja #MalaysiaMadani
1
2
517
๐ƒ๐ข๐ซ๐ ๐š๐ก๐š๐ฒ๐ฎ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H sembah takzim daripada Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
4
4
140
Allah SWT berfirman maksudnya :- '๐Œ๐š๐ค๐š, ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐ข๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š (๐๐š๐ ๐ข๐ง๐  ๐ค๐จ๐ซ๐›๐š๐ง) ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐๐š ๐ฉ๐š๐๐š๐ง๐ฒ๐š (๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š-๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š) ๐๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ญ๐š.' ๐ƒ๐š๐ ๐ข๐ง๐ -๐๐š๐ ๐ข๐ง๐  ๐ค๐จ๐ซ๐›๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ข-๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข (๐ค๐ž๐ซ๐ž๐๐ก๐š๐š๐ง) ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ช๐ฐ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐ง๐ฒ๐š' Al-Hajj 36-37 Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan dan seluruh Warga Kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
3
4
172
๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin mengucapkan Selamat Bersara buat YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail @RoslanisE Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia. @IPJKR_Official Menoleh kebelakang, kami gembira kerana mula menjalin kerjasama dengan YBhg. Dato' Sri semasa beliau mula menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, sehinggalah ke jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya. Didoakan semoga YBhg. Dato' Sri diberi kesihatan berpanjangan untuk menikmati hari-hari mendatang sebagai pesara disamping keluarga tercinta. ๐‰๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ง๐  THB Maintenance Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar. #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
3
7
445
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru 2026 buat semua mereka yang bergelar guru, tidak kira di mana jua anda berada di seluruh negara. Penghargaan jutaan terima kasih juga diucapkan buat setiap susuk tubuh yang bergelar guru ini kerana telah menjadi kompas yang menyinari laluan perjalanan setiap insan hingga mereka mengecapi kejayaan dalam kehidupan masing-masing. Tanpa seorang guru di sisi, pasti kita semua tidak sepertinya pada hari ini. Teruskan mendidik anak bangsa yang bakal mewarisi generasi hari ini, seterusnya akan mencorakkan kisah-kisah kecemerlangan pada masa depan. ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐๐ข ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐‚๐ข๐ค๐ ๐ฎ! ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” THB Maintenance Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar. #THBMHQ #THBMPerlis #THBMKedah #THBMPenang
4
4
166
๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Pulau Pinang Pejabat Kawasan Balik Pulau pada 13 Mei 2026, Rabu telah menerima Lawatan Pemantauan oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), Kementerian Kerja Raya. YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian telah mengetuai pasukan daripada BPF dalam sesi lawatan tersebut yang antara lain meninjau perkembangan pelaksanaan kerja-kerja Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen Fasa 1 2026 yang dilaksanakan di dua (2) lokasi berbeza di Laluan Persekutuan FT 220 Jalan Pekan Air Hitam ke Bayan Lepas, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Delegasi BPF juga turut meninjau pelaksanaan kerja-kerja rutin iaitu tampalan pothole (RO1) dan pemotongan rumput (RO3) pada beberapa seksyen di laluan yang sama, yang turut memasuki Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, Pengurus Negeri THBM Pulau Pinang bersama pasukannya, telah menyantuni delegasi BPF dalam lawatan ini yang turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak. Lawatan Pemantauan seperti ini adalah satu proses yang sangat signifikan kepada THBM bagi mendapatkan input dan maklum balas berhubung kualiti kerja yang dilaksanakan, bagi memastikan ia menepati keperluan dan kehendak Kerajaan yang akhirnya akan memberi manfaat sewajarnya kepada pemegang taruh terbesar, pengguna Jalan Persekutuan. THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak atas lawatan ini. THB Maintenance Sdn. Bhd. Ibu Pejabat Alor Setar. #THBMPenang #THBMHQ
4
5
175
Majlis Tertinggi Rockqueen edisi Pulau Pinang. Anak mami kaa , anak hantu kaa Ella jemput semua pakat hadir naa โค๏ธ
1
1
5
896