Kean Hoe (@rc7343) header
Kean Hoe (@rc7343) profile picture
Subang Jaya
Joined August 2011
Photo by Kean Hoe (@rc7343)
Sehingga jam 12:00 tengah hari, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 24.6%. Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di lampiran. Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar. Air Selangor terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai. Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi waterupdates.airselangor.com…. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com/. #AirSelangor #240723RPSSP123
8
64
11
60
24,045
Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara empat loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah. Berikutan henti tugas empat LRA tersebut, tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti berikut. Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna. Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com/. @AdamSaffianFCA #AirSelangor #240723RPSSP123
64
604
177
356
208,889
LRA Rantau Panjang, SSP1, dan SSP3 telah beroperasi sepenuhnya yang mana pengeluaran air terawat telah kembali pada kadar normal, manakala LRA SSP2 pula dijangka akan kembali pada kadar normal semula pada jam 1:00 pagi, 13 Ogos 2023. Para pengguna akan menerima bekalan air seperti biasa secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan. Berikutan kejadian ini, para pengguna di enam wilayah Air Selangor iaitu di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor telah mengalami gangguan bekalan air. Sila lihat lampiran untuk senarai penuh kawasan yang terjejas. Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. #AirSelangor #230812SSP2
8
59
20
31
33,457
Sehingga jam 3:00pm, peratusan pemulihan bekalan air untuk Kumpulan 2 adalah 54%. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti berikut. #AirSelangor #230522BktCerakah
2
11
20
8,916
Air Selangor akan memulakan pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jln Bkt Cerakah, Bdr Puncak Alam, Kuala Selangor bermula 9am esok. Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap & dijangka pulih sepenuhnya pada 9pm, 24/5/2023.
12
112
10
77
64,270
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang sudah pun dimulakan dan dijangka akan siap pada jam 6:00 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu). #AirSelangor #2403TamanMutiaraBukitRaja2
8
24
4
33
27,412
Bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula pada jam 6:30 pagi, 12 Februari 2023 (Ahad). Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti di lampiran berikut. #AirSelangor #230211LRARantauPanjang
14
216
41
114
152,544
Kerja-kerja pembaikan berikutan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh dijangka akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 83 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur. #AirSelangor #0101BukitIndahIndustrialPark
15
58
48
30
42,032
Bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut telah direkodkan di LRA Sg Semenyih yang mana telah membolehkan LRA Sg Semenyih untuk mula beroperasi semula pada jam 11.30 malam, 31 Disember 2022 (Sabtu). #AirSelangor #3112SgSemenyih
3
31
5
49
41,195
Sehingga jam 6:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 80%. #AirSelangor #2312BukitBeruntung
1
9
14
16,331
Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. #AirSelangor #2412SgSemenyih
49
293
115
164
164,098
Make no mistake. In the coming 5 years, they will try to break us up. Race & religion will be used. But when they do, rmbr that we are better than that. Offer peace. Step out from fear. Focus on similarities. We are Malaysians. We love Malaysia. That is enough to get us thru.
116
5,561
87
10,190
Thread: I grew up in a small kampung. I couldn’t converse in even simple English until I finished my secondary school. When I was 18 (after SPM), I decided to work very hard on it so that I could: (1/3)
23
359
7
1,267
Air Selangor ingin memaklumkan status terkini henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. #AirSelangor #0305SgSemenyih
2
10
1
20
Air Selangor ingin memaklumkan status terkini henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. #AirSelangor #0305SgSemenyih
1
37
6
42
Air Selangor ingin memaklumkan status terkini henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. #AirSelangor #0305SgSemenyih
3
47
5
71