The Reporter (@thereportermy) header
The Reporter (@thereportermy) profile picture

Info selektif setiap hari. TR Media Bytes Sdn Bhd | Company No. 1515748-A

Malaysia
Joined October 2009
Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)Photo by The Reporter (@thereportermy)
Empat tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Parlimen Tambun, penduduk setempat tampil berkongsi sendiri pelbagai perubahan yang dinikmati sepanjang tempoh berkenaan. Meskipun tidak banyak projek berskala mega disebut, antara penambahbaikan yang dikongsikan termasuk penyelesaian projek sekian lama tergendala, naik taraf kemudahan kesihatan, sekolah, jalan raya serta baik pulih kemudahan awam. Perkongsian itu susulan satu hantaran di Threads yang mengimbau kembali detik kemenangan Perdana Menteri di Parlimen Tambun pada PRU15. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/empat-tahun-a…
10
Seorang lelaki merayu bantuan dan nasihat orang ramai selepas menerima notis tuntutan ganti rugi RM1 juta daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) susulan hantarannya yang mengkritik perkhidmatan syarikat berkenaan. Asran Alias memaklumkan bahawa dia bersedia mematuhi segala tuntutan AKSB, namun tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah tersebut. Menerusi notis berkenaan, dia diberikan tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, memadamkan hantaran terdahulu, memberikan aku janji tidak mengulangi kenyataan seumpamanya serta membayar ganti rugi RM1 juta. Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/kritik-perkhi…
19
Dah naik LRT seawal jam 7.15 pagi, tetapi masih berdepan risiko lewat sampai ke tempat kerja. Lebih mengecewakan, Lily mendakwa sudah menerima surat amaran daripada majikannya kerana kerap datang lewat. Lily yang bekerja sebagai guru di sebuah pusat bahasa meluahkan rasa kecewa apabila perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan pagi ini. Rakannya juga menerima surat amaran atas masalah sama, namun majikan hanya menyuruh mereka bangun lebih awal. Menurut Lily, dia dan suami bekerja di sekitar KLCC dan bergantung kepada LRT setiap hari bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta menjimatkan perbelanjaan. Kos menggunakan perkhidmatan e-hailing dari Putra Heights ke KLCC pula boleh mencecah RM70 hingga RM80. Orang ramai yang bersimpati dengan nasib Lily menyarankannya mendapatkan surat pengesahan gangguan perkhidmatan tren daripada pihak Rapid KL sebagai bukti kepada majikan. Sumber: Threads lily_jalilah_90
1
583
Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ibu bapa hadir sendiri ke sekolah bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM200 tahun depan mendapat sokongan dalam kalangan ibu bapa dan warga pendidik di media sosial. Ada yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir ibu bapa yang kurang mengambil tahu hal pendidikan anak, sehingga tidak mengenali guru, tidak mengetahui lokasi kelas anak dan jarang menghadiri mesyuarat PIBG. Malah, ada yang berkongsi pengalaman berdepan ibu bapa yang sukar dihubungi apabila anak mereka ponteng sekolah, tetapi sanggup datang lebih awal apabila tiba hari pengagihan wang bantuan. “Jangan masa anak berjaya, kita paling depan. Masa sekolah perlukan kerjasama, kita pula menghilang,” tulis seorang pengguna.
17
Gara-gara pintu kereta dibuka secara tiba-tiba ketika kesesakan lalu lintas, seorang penunggang motosikal kini berdepan kemungkinan kehilangan kaki kirinya selepas terbabit dalam kemalangan, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.04 pagi itu, mangsa yang sedang menyusuri celah kenderaan tidak sempat mengelak sebelum merempuh pintu kereta berkenaan sehingga tercampak. Susulan video kejadian itu tular, individu yang mengaku sebagai mangsa tampil di ruangan komen TikTok memaklumkan kaki kirinya patah dan berkemungkinan terpaksa dipotong. Dia turut berkongsi gambar kakinya yang dipasang alat sokongan ketika menerima rawatan di hospital. Perkongsian itu mengundang simpati orang ramai yang mendoakan kesembuhannya, selain mempersoalkan tindakan membuka pintu kereta tanpa memastikan keadaan sekeliling selamat.
48
Kebiasaannya SISPAA dikaitkan dengan aduan terhadap penjawat awam, namun seorang calon SPM 2026 dari SMK Intan Perdana menggunakan platform itu untuk merakamkan penghargaan kepada guru-gurunya. Pelajar bernama Haziq itu turut memohon maaf atas segala kesilapannya sepanjang bergelar anak murid, selain berharap dapat membalas jasa guru dengan kejayaan yang membanggakan. “Kali pertama dalam perkhidmatan kena SISPAA oleh pelajar sendiri. Terima kasih kerana telah SISPAA saya dan cikgu-cikgu lain,” tulis Cikgu Fahmi menerusi Threads. Perkongsian itu mengundang pujian orang ramai yang tersentuh dengan tindakan Haziq, malah ada yang baru mengetahui SISPAA juga boleh digunakan untuk menyampaikan penghargaan kepada penjawat awam. Sumber: Threads fahmifadzli9e Foto latar sekadar hiasan
52
Pasangan kekasih yang sudah enam bulan tinggal bersama seperti suami isteri akhirnya dicekup JAINJ dalam pemeriksaan di sebuah rumah sewa di Pasir Gudang, Johor, kerana disyaki berkhalwat. Lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu berkenalan di media sosial sejak lima tahun lalu sebelum berpakat tinggal bersama. Malah, bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan turut dikongsi berdua. Ketika ditanya mengenai hasrat untuk bernikah, kedua-duanya mengangguk. Namun, tarikh pernikahan belum ditetapkan, malah permohonan nikah juga belum dibuat. Bab sewa rumah sudah sepakat, bab nikah masih sekadar niat. Dalam pemeriksaan pada jam 1.50 pagi itu, penguat kuasa terpaksa memotong mangga pintu jeriji selepas 35 minit mengetuk pintu tanpa mendapat kerjasama. Kedua-duanya kemudian ditahan atas kes disyaki khalwat. Sumber: JAINJ Foto: Hiasan
136
Semuanya bermula apabila segelintir calon SPM 2026 mengadu sukar menjawab soalan berkaitan penjodoh bilangan dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Luahan itu mengundang sindiran orang ramai kerana penjodoh bilangan merupakan asas tatabahasa yang sudah dipelajari sejak sekolah rendah. Tidak berpuas hati dengan sindiran tersebut, seorang pengguna Threads mencabar golongan yang dipanggilnya ‘makcik-makcik’ supaya menggantikan mereka menduduki SPM, selain mempertahankan kesilapan mereka dengan ungkapan “kealpaan kami, hak kami”. Bagaimanapun, cabaran itu disambut dengan reaksi sinis golongan senior yang mengingatkan bahawa mereka bukan sahaja pernah menduduki SPM, malah sudah melalui pelbagai peperiksaan seperti PTS, UPSR, PMR dan STPM. Ada juga yang mencadangkan supaya UPSR dan PT3 dikembalikan selepas melihat kesukaran segelintir calon SPM menjawab soalan berkaitan asas tatabahasa Bahasa Melayu.
100
Tekanan kos sara hidup dan tahap pendapatan rakyat menjadi antara faktor kerajaan berpandangan bahawa pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) belum sesuai buat masa ini. Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, meskipun GST mempunyai kelebihan dari segi kecekapan kutipan cukai, kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah perlu diambil kira. Golongan berpendapatan rendah lazimnya membelanjakan sebahagian lebih besar daripada pendapatan mereka untuk keperluan harian berbanding golongan berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, kerajaan memilih untuk mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta menambah baik sistem berkenaan dari semasa ke semasa bagi meminimumkan kesannya terhadap rakyat dan peniaga. Sumber: Kementerian Kewangan
16
Google LLC berdepan saman RM300 juta selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendakwa syarikat teknologi itu cuai dalam menangani penyebaran semula kandungan palsu berbaur fitnah oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di YouTube. MCMC mendakwa Google gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk memadamkan kandungan terbabit walaupun notis sudah dikeluarkan pada 19 Oktober lalu, sekali gus menjejaskan kredibiliti pemimpin negara dan menghakis keyakinan awam. Selain menuntut ganti rugi, MCMC turut memohon perintah mahkamah supaya Google terus menyekat akaun YouTube Papagomo serta mengesan dan memadamkan kandungan serupa dalam tempoh 24 jam, termasuk yang dimuat naik menerusi akaun pihak ketiga. Saman berkenaan difailkan pada 23 Oktober lalu dengan pengurusan kes ditetapkan pada 8 Disember ini. Sumber: Bernama
53
“Katanya Malaysia cuma negara transit. Transit sampai bila?” Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan komitmen UNHCR dan negara penerima susulan kemerosotan ketara jumlah pelarian yang ditempatkan semula ke negara ketiga. Menurutnya, seramai 7,012 pelarian berlepas ke negara ketiga pada 2024, namun jumlah itu merosot 80.5 peratus kepada hanya 1,365 orang pada 2025, manakala dalam tiga bulan pertama 2026, hanya 323 orang. Dalam jawapan bertulis Parlimen semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa proses penempatan itu bergantung sepenuhnya kepada negara penerima yang menetapkan syarat dan jumlah pelarian yang boleh diterima. Syed Saddiq turut mempersoalkan apakah tindakan yang akan diambil kerajaan sekiranya UNHCR dan negara penerima gagal memenuhi komitmen masing-masing. Sumber: Threads Syed Saddiq
36
Bukan sekadar datang mengambil wang RM200, ibu bapa juga perlu mengambil peluang bertemu guru dan mengetahui perkembangan anak masing-masing di sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2027 diserahkan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa, bukannya dihantar terus ke rumah. “Kalau tak datang ke sekolah, (Menteri Pendidikan, Datuk Seri) Fadhlina (Sidek), jangan bagi wang itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara di Putrajaya, hari ini. Anwar turut menegaskan bahawa tanggungjawab mendidik anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru, sebaliknya ibu bapa juga perlu terlibat dalam membentuk disiplin, akhlak dan keperibadian anak-anak. Sumber: Harian Metro
1
41
Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 39 hingga 44 tahun yang disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang warga emas susulan kemalangan di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, pada Isnin lalu. Mangsa, Roslan Ngah, mengalami patah tulang hidung dan keretakan pada kedua-dua rahang selepas didakwa ditumbuk, disiku dan ditendang ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa kereta dipandu isterinya dilanggar dari belakang. “Saya tidak mempunyai musuh dan bergaduh dengan sesiapa sebelum kejadian berlaku,” katanya yang turut mengakui tidak mengenali ketiga-tiga suspek terbabit. Ketiga-tiga suspek dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro Foto: Baharom Bakar (Metro), video tular
1
61
Akmal, sekiranya terbaca perkongsian ini, hubungilah keluarga. Ibu masih menanti kepulanganmu sejak tujuh tahun lalu. Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, kini berusia 28 tahun, dilaporkan hilang sejak 2019 selepas keluar bekerja di sebuah kilang di Bukit Rambai, Melaka. Sebelum keluar, Akmal sempat memeluk erat dan mencium pipi ibunya sebanyak tiga kali. Ibunya, Asiah Basiron, 51, tidak menyangka itulah pertemuan terakhir mereka. Usaha mencari sehingga ke Kuala Lumpur masih belum berhasil. Lebih menyedihkan, adik Akmal yang sangat rapat dengannya turut meninggal dunia pada Jun lalu. Mohon jasa baik orang ramai untuk membantu menyebarkan hebahan ini. Sekiranya mempunyai maklumat mengenai Akmal, sila hubungi Asiah di talian 017-6226025 atau balai polis berhampiran. Semoga penantian seorang ibu selama tujuh tahun ini segera berakhir. Sumber: Berita Harian
1
178
Penduduk sekitar Dengkil, Sungai Melut dan Kota Warisan dinasihatkan supaya berwaspada susulan perkongsian beberapa rakaman yang menunjukkan paras air semakin meningkat dan mula melimpah ke jalan raya pagi ini. Dalam pada itu, seorang pengguna Threads mendakwa benteng Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Bukit Changgang kembali pecah selepas kejadian sama dilaporkan berlaku lima bulan lalu. Penduduk di kawasan berisiko disarankan membuat persediaan awal, memantau perkembangan semasa dan mengutamakan keselamatan keluarga masing-masing. Sumber: Threads aiman_rushdi2570, mn_firdaus__, acaiijawe
1
2
67
Berang ditegur supaya beratur, seorang pelanggan lelaki didakwa memukul juruwang di sebuah premis perniagaan di Mall Artha Gading, Jakarta Utara, Indonesia pada 21 November lalu. Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu didakwa memaki hamun dan mencabar mangsa untuk bergaduh. Lelaki berkenaan turut didakwa memukul pipi kiri mangsa dan membaling telefon bimbit ke arahnya sehingga mangsa mengalami lebam pada pipi kiri. Keadaan itu turut menyaksikan seorang wanita dipercayai isteri suspek cuba menenangkan lelaki berkenaan sebelum dia dibawa keluar dari premis terbabit. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu kemudian tular di media sosial dan mengundang kecaman orang ramai. Polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. Bagaimanapun, identiti dan kewarganegaraan lelaki berkenaan masih belum didedahkan. Sumber: DetikNews, tvOneNews
105
Siap pakai lampin, terkedek-kedek seekor anak biri-biri bernama Puteh mengekori Tokwan yang sedang membeli-belah di pasar raya, mencuit hati orang ramai. Di sebalik gelagat comel itu, rupanya Puteh merupakan peneman setia Tokwan yang sudah berusia 80 tahun dan tinggal bersendirian. “Si Puteh ni je teman dia,” dedah cucunya menerusi Threads sambil berkongsi beberapa gambar keakraban mereka di rumah. Cucunya turut memohon maaf dan sudah berpesan kepada Tokwan agar tidak membawa Puteh masuk ke premis yang menjual makanan demi menjaga aspek kebersihan. Sumber: Threads Raziqross, Alifandwell
82
Perbezaan agama bukan penghalang kepada PAS untuk menjalin kerjasama politik, namun parti itu menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang secara terbuka memusuhi Islam. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Minda Presiden semalam menegaskan al-Quran dan Sunnah kekal sebagai asas tertinggi perjuangan parti, manakala Majlis Syura Ulama (MSU) berperanan menjaga dasar berkenaan. Abdul Hadi turut mengkritik konsep Islam progresif, pluralisme dan pendekatan Madani kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya bercanggah dengan prinsip Islam. Bagaimanapun, beliau menegaskan Islam tidak melarang umatnya berbuat baik dan berlaku adil terhadap golongan bukan Islam yang tidak memusuhi mereka. Sumber: Sinar Harian Foto: Berita Harian
18
Sepatutnya menjadi tempat kanak-kanak beriadah, tetapi Taman Permainan Sri Iman di Panji, Kota Bharu, Kelantan kelihatan lebih menyerupai kawasan semak samun apabila rumput tumbuh meliar dan tong sampah dipenuhi sisa buangan. Menerusi video Unit Cakna Komuniti HIYAZ, sukarelawan bersama beberapa kanak-kanak dilihat mengutip sampah dan membersihkan kawasan berkenaan. Lebih membimbangkan, kerja pembersihan itu dikatakan terhenti seketika selepas terjumpa ular tedung. Perkongsian tersebut mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan tahap penyelenggaraan kemudahan awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk soal kutipan cukai pintu dan jadual pembersihan. Inisiatif sukarelawan itu wajar dipuji, namun timbul persoalan mengapa kemudahan awam boleh dibiarkan sehingga ke tahap sedemikian. Gotong-royong adalah amalan yang baik, tetapi ia bukan alasan untuk pihak bertanggungjawab mengabaikan penyelenggaraan berkala. Jangan sampai ular tedung pula lebih selesa menggunakan taman permainan berbanding kanak-kanak. Sumber: Threads / Unit Cakna Komuniti HIYAZ
51
Pada usia 60 tahun, Ariffin Abdul Manan membuktikan bahawa usia dan keterbatasan kelengkapan bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila berjaya menamatkan cabaran IRONMAN 70.3 Langkawi 2026 sejauh 113 kilometer dalam masa tujuh jam 19 minit 57 saat. Pencapaian lelaki dari Jerantut itu mendapat perhatian kerajaan Pahang yang bersedia menyediakan bantuan kelengkapan sukan, selain berhasrat menjadikannya ikon inspirasi kepada generasi muda. “Beliau boleh menjadi ikon kepada golongan muda apabila berjaya menyertai dan menamatkan acara berkenaan meskipun hanya menggunakan kelengkapan yang sangat asas,” kata Exco Sukan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal pada persidangan DUN Pahang, semalam. Sumber: Bernama, Sinar Harian, Pahang Media
21