ꕤ retweeted
Corporate jobs will really have you wanting to disappear into the mountains and raise goats.
ꕤ retweeted
Honestly, I think yes.
I belum kahwin, I know, so I’m not exactly in the best position to answer this. Maybe lepas dah kahwin, jawapan I akan lain.
But I have thought about this long and hard. I struggled with the concept of polygamy for a long time. I even had a religious crisis over this, back in 2024. Lama I fikir, almost a year juga kot baru I dapat jawapan. So bear with me, this is going to be long. I dah lama nak tulis pasal topik ni. And yes, this might be controversial.
I used to struggle dengan konsep lelaki boleh kahwin lain tanpa izin isteri, hatta tanpa memberitahu isteri pertama pun. I marah. I tak faham kenapa Allah ciptakan fitrah lelaki dan perempuan bercanggah — lelaki fitrahnya nak ramai perempuan, walhal perempuan fitrahnya cemburu dan tak suka berkongsi suami — sedangkan Allah boleh je cipta fitrah lelaki perempuan saling melengkapi.
So I did my research. I baca tentang polygamy, the experience of people yang diduakan, the history of polygamy in the west. I tanya orang pendapat diorang. And I put myself in the position of a man. I nak faham kenapa Allah tetapkan hukum yang begitu. I tahu kalau I tak faham, maka I lah yang bodoh, Allah sentiasa lebih tahu dari aku.
Part 1: Sejarah Poligami
You tahu tak?
i) Dalam sejarah dunia barat, wujud je lelaki yang kahwin sampai 50 lebih isteri (google je Brigham Young) (gambar 2).
ii) Dulu, poligami agak normal, terutamanya bagi lelaki yang tua dan kaya, yang dah berjaya mengumpulkan harta, sampai wujudnya krisis lelaki muda tak dapat kahwin dengan perempuan disebabkan lelaki-lelaki ini sudah monopoli perempuan yang ada (gambar 3).
Masa I dapat tahu dua benda ni, I terus persoalkan: kalau benda ni berlaku kat dunia barat, di mana Islam bukan agama utama, maka betul ke monogami tu norma dan fitrah perempuan? Sedangkan zaman dulu, dalam dunia barat yang kurang pengaruh Islam pun, perempuan tak kisah pun jadi isteri yang ke-52, selagi dia dijamin akan dijaga dan diberi nafkah. Berbanding cinta sejati, sumber (resources) jauh lebih penting bagi perempuan.
Betul ke monogami tu fitrah dan norma? Ke propaganda daripada media barat terutamanya terhadap wanita? Kita dibesarkan dengan novel-novel cinta, dengan rancangan televisyen, k-drama, komik yang menerapkan konsep "one true love", di mana cinta sejati itu hanyalah apabila lelaki itu sayang kita seorang sahaja, sedangkan dalam Islam, ada ke kita diajar begitu?
Nabi SAW pun kahwin ramai, adakah bermaksudnya cinta Baginda SAW terhadap isteri-isterinya bukan cinta sejati?
Kita kena tahu, Islam didn't invent polygamy, it only restricts and regulates it. Maksudnya apa? Maksudnya poligami dah wujud lama dah sebelum agama Islam, hukum Islam hanyalah mengehadkan dan mengawal poligami yang sememangnya tersedia diamalkan sebelum ni.
Part 2: Pendapat orang sekeliling terhadap poligami
i) Fitrah lelaki untuk nak ramai perempuan
I tanya lelaki yang I kenal, dan mostly diorang jawab yang memang dari kecik diorang ada keinginan untuk adanya ramai perempuan, even waktu diorang tak tahu apa-apa pun. Dan keinginan ini mostly hilang masa diorang dah besar, masa dah mula berfikir tentang beratnya tanggungjawab, beban mencari nafkah serta peningnya kepala kalau perlu layan ramai isteri. Antara yang I tanya, seorang je la yang cakap dia memang dari kecik nak satu je, sampai sekarang pun.
ii) Perasaan perempuan dan fitrah/keinginan mereka yang berbeza daripada lelaki
Masa I dapat tahu tentang hadith di mana lelaki di syurga yang paling rendah pun akan dapat sekurang-kurangnya dua isteri (gambar 4), I tak boleh terima. I rasa macam ganjaran I kat syurga nanti adalah untuk berkongsi suami. Monogami tak wujud kat syurga; hanya wujud kat dunia ni. Sampai tahap I pernah berdoa kat Allah nak monogami sampai mati sebab kat syurga nanti tak dapat dah nikmat ni. I stop hanya sebab I terfikir "what if ni bukan yang terbaik untuk I?". Sebab I tahu, hanya Allah je tahu apa yang terbaik untuk I, so I stop doa macam tu dan hanya mintak yang terbaik.
Jadi, as I struggle untuk terima hakikat ni, I tanya kawan I apa yang dia rasa tentang hadith ni. Surprisingly, dia cakap dia tak kesah pun. Sebab dia nak buat benda lain kat syurga nanti, so biarlah suami dia dengan isteri-isteri dia. Dia boleh buat benda lain yang dia suka kat syurga.
Honestly, it sounded so simple yet it opened my mind. I tak pernah fikir perspektif ni.
Betullah tu, fitrah lelaki dan perempuan sangatlah berbeza.
Keinginan lelaki terhadap hubungan intim rata-rata lagi kuat berbanding perempuan. Bayangkan kalau lelaki ada satu je isteri, sedangkan itulah keinginan utamanya, perempuan la yang akan sengsara sebab kena layan suami dia sentiasa, sedangkan nafsunya berbeza.
Bayangkan pula kalau perempuan dikurniakan ramai suami seperti mana lelaki dikurniakan ramai isteri di syurga, perempuan nak ke? I pernah tanya soalan ni kat mak I, kalau dia boleh ada ramai suami, dia nak ke? Dengar je soalan tu, terus dia buat muka jijik hahaha. Ternyata itu bukan nafsu perempuan, at least for the average women. Kalau tanya lelaki, rata-rata mereka akan nak ramai perempuan. Tapi kalau tanya perempuan, I don't think most akan nak ramai.
So sebenarnya poligami ni could be a win-win situation kat syurga. Kedua-dua jantina dapat apa yang diorang nak tanpa perlunya berkorban. Lelaki dapat apa yg dia nak tanpa perlu menahan diri, perempuan pula dapat apa yang mereka nak, boleh layan keinginan sendiri tanpa perlu membebankan diri dengan keinginan lelaki.
Part 3: Research on polygamy
i) Perspektif biologi/psikologi
Lelaki memang lebih cenderung untuk nak ada kepelbagaian, nak ada ramai perempuan. Berbanding lelaki, perempuan lebih cenderung untuk nak satu sahaja. Apabila diberi pilihan, lelaki akan memilih lebih banyak perempuan, namun kebanyakan perempuan akan pilih satu atau dua sahaja apabila diberi banyak pilihan (gambar 5).
ii) Perspektif evolusi
Perkara ini boleh disebabkan lelaki ada keperluan untuk “spread their seeds” bagi pastikan the survival of human species. Simple logic:
lagi banyak isteri = lagi tinggi peluang untuk ada anak/ lagi ramai anak = lagi tinggi peluang untuk kelangsungan spesis
Untuk perempuan pula, kenapa kita nak satu je? Boleh sebab kita lebih pentingkan resources berbanding benda lain. Perempuan ni menanggung risiko yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki, terutamanya apabila mengandung dan beranak. Kita kena pilih lelaki yang mempunyai sumber yang cukup bagi memastikan keselamatan dan kelangsungan anak kita. Jadi, berbanding nak ramai, kita lebih pentingkan nak lelaki yang kaya dan stabil.
I pernah tanya seorang ustaz ni tentang fitrah lelaki dan perempuan yang bercanggah, dan jawapan dia buka mata I jugalah. Dia kata, fitrah lelaki nak ramai mungkin sebab evolutionarily, men need to breed to survive, since lelaki akan ada clan dan tribe untuk jaga diorang. While untuk perempuan, sebab diorang bergantung kepada lelaki untuk survive, the less competitors they have, the more the resources that will be allocated to them from the men.
Masa I dengar jawapan dia, baru I sedar oh sebenarnya fitrah lelaki dan perempuan ni mungkin tak bercanggah pun, malah saling melengkapi. Cuma I tak cukup tahu untuk nampak perspektif ni.
Daripada bacaan-bacaan ni, I sedar yang kecenderungan lelaki untuk adanya ramai isteri sebenarnya boleh jadi suatu bentuk fitrah —- sesuatu yang semula jadi. Namun kita sangatlah memburukkan lelaki apabila mereka inginkan lebih daripada satu, sedangkan perkara itu fitrah, sama seperti perempuan yang suka akan kekayaan, kecantikan dan harta benda. Kedua-duanya fitrah yang tak dipilih pun, lahir-lahir dah macam tu.
Jadi kenapa kita nak villainise keinginan ini seolah-olah lelaki yang nak poligami tu jahat? Secara logiknya, kalau boleh kawal dan pilih fitrah diri sendiri, lelaki pun akan nak pilih untuk ada keinginan memiliki satu isteri sahaja. Lagi senang macam tu, takkan teruji dengan perempuan lain.
4) Lastly, I put myself in their shoes.
Bab ini tentang fakta dan hukum bahawa lelaki tak perlukan keizinan isteri untuk kahwin lain, malah tak perlu bagitahu pun. Untuk cuba faham benda ni yang bagi I begitu menyakitkan hati sebagai seorang perempuan, I cuba letakkan diri I kat tempat lelaki dan bayangkan diri I sebagai lelaki.
I bayangkan, kalau satu hari I jumpa perempuan yang perlukan pertolongan I dari segi pendidikan agama, nafkah harta dan untuk dijaga, dan I mampu untuk kahwin dengan dia, adakah I patut stop diri I daripada kahwin dengan dia hanya sebab isteri I akan cemburu? Mungkin akan ada yang kata, kalau nak tolong tak perlu pun kahwin, tapi hakikatnya perempuan pun ada keperluan hubungan intim juga. Dan kalau I mampu, dan I nak perbanyakkan umat sebab I tahu I mampu bagi pendidikan yang baik kepada isteri-isteri dan anak-anak I, why should I stop myself for merely the jealousy of my wife?
Tambahan pula, kalau I letak diri I kat tempat perempuan yang perlukan pertolongan tu, I pun harap isteri tu takkan stop I daripada mendapat kebaikan dan pertolongan daripada lelaki tersebut.
Jadi, when I see and put things into the bigger picture, ya, sebenarnya perasaan cemburu perempuan sangatlah insignificant berbanding misi-misi lain yang lagi penting di depan mata. Walaupun sakit untuk diakui, tapi I nampak dan I faham masa I bayangkan diri I dalam situasi macam tu.
Tapi perlu diketahui, perasaan ni masih dianggap valid dalam Islam. Perempuan ada hak untuk letakkan taklik masa kahwin untuk cerai apabila suaminya kahwin lain, namun perempuan tiada hak untuk menghalangi suami daripada melakukannya.
5) Konklusi
Disebabkan I dah terima keinginan untuk memiliki ramai isteri ni fitrah lelaki, dan I terima yang I ni sebenarnya takde hak pun untuk memberi izin ataupun tidak kepada suami untuk kahwin lain, I think I okay je kalau dia nak kahwin lain.
Lelaki ni kalau dah kaya je auto akan nak tambah isteri. It is what it is. Sama je kat barat ke kat sini, cuma barat tak iktiraf poligami, maka apa yang diorang buat? They have secret second families here and there, tanpa pengetahuan isteri. Lol. Kalau tak pun, diorang akan pasang skandal sana sini. Susah untuk lelaki tolak perempuan apabila mereka mampu, dan perempuan pula suka lelaki yang kaya serta lelaki yang dah dipilih terlebih dahulu oleh perempuan lain (gambar 6).
Poligami itu hak suami, sama seperti nafkah itu hak isteri. Kalau suami tak bagi duit, isteri boleh ambil duit dia demi keperluan diri tanpa izinnya; suami boleh kahwin lain demi keperluan dan sebab-sebab tersendiri tanpa izin isteri.
Jadi, tbh I dah prepare dah kalau one day tiba-tiba dia dah kahwin lain tanpa I tahu. It could happen to anyone, in fact it happened to many women, so it could happen to me as well. I am realistic. Benda yang jadi kat orang, boleh jadi kat I juga.
So, menghadap fakta-fakta ini, I terimalah kebenaran. I rasa, kalau dia mampu, selagi tak ganggu nafkah dan kasih sayang terhadap I, I think I okay untuk terima. Kalau suami I ni orang yang sangat berkualiti dan suami yang sangat bertanggungjawab, I rasa rugilah juga untuk tinggalkan dia just sebab dia kahwin lain. Kena admit, bukan senang nak jumpa lelaki baik zaman ni.
Lebih baiklah dia kahwin lain daripada curang sana sini, sekurang-kurangnya hak perempuan tu terjaga, suami tak bawak std balik rumah, dan dia tetap menjaga integriti dan iman sendiri dengan tidak membuat dosa serta menyalurkan nafsunya dengan cara yang betul.
Tapi ni bab poligami yang betul-betul halal lah. Kalau dia curang dulu, bercinta dulu baru kahwin, I rasa I tak boleh terima. I pilih orang yang jujur dan berintegriti. Kalau dia dah tipu I, maka I akan pergi. Bukan sebab dia nak poligami, tapi sebab I dah tak respect dan percayakan dia sebagai seorang suami.
Kalau you tanya I deep down, of course I tak nak kongsi suami I. But it is what it is.
I know it's hard to imagine, tapi poligami can be a win-win situation juga, especially kalau
a) tahap keperluan intim terlalu berbeza antara suami isteri
b) you jenis suka ada space sendiri, tak nak layan suami 24/7
Tak dinafikan, bukan semua orang boleh handle. So in the end, bergantung kepada kemampuan diri you juga untuk terima dan handle benda ni.
Moga Allah permudahkan urusan.
ꕤ retweeted
You as a husband, rajinkan lah diri puji isteri. Tak payah nak acah nonchalant. Kalau ada anak perempuan, kena selalu puji jugak.
Bagi sepenuh perhatian dan pujian kepada gembalaan anda supaya mereka tak cari perhatian luar.
Wanita perlu rasa disayangi. Bukan hanya dengan perbuatan, tapi juga kata-kata.
ꕤ retweeted
Oh my god is this real, I want to get into aquaculture so bad but I don't have the funds. I've done my research and I can see the prospect of prawn farming..
ꕤ retweeted
Vax injury ni, kalau tengok pergaduhan kat bilik sebelah tu, yg kuat memerli kuat nak highlight benda gini, paling aku tak boleh brain, oleh orang² yg belum ada anak. Benda ni real. It can happen to anyone. Tak jadi kat kita, takpelah. Okay saja nak keep vx. Tp bila
Sebenarnya mana-mana syarikat yang beroperasi di bandar besar terutamanya area KLCC sepatutnya mampu untuk menggaji RM4.5k nett kepada fresh grad. Sepatutnya kerajaan cakna dan buat revision syarat tangga gaji untuk setiap syarikat besar yang beroperasi di KL dan area KLCC.
Replying to @jaja_chocomilk
Thanks jawab kan tu lah I pun keliru nak accept ke tak sbb dah 4 bulan jobless dah lah I bukan orang kl 😭🙏 I pun rasa macam maruah degree I tercalar bila dia offer 2k je kalau tolak socso kwsp etc confirm bersih rm1.7k je mana nak hidup kt kl ni
Legit. Samalah kita dah mula doa jodoh sejak sekolah menengah selepas dengar pesanan ustazah dalam kelas agama.
Ustazah cakap kamu semua ni dah kena mula dah doa jodoh. Perjalanan kamu memang jauh lagi tapi doa untuk dapatkan sesuatu kita nak, kena mula seawal yang mungkin🥺
ꕤ retweeted
The right person isn’t only someone you want in this dunya, but someone you can sincerely pray to have fid-dunya wal-akhirah a love that brings you closer to Allah, gives you peace in this life, and becomes a source of reward in the Hereafter. Choose someone who doesn’t just hold your hand through the dunya, but walks with you toward Jannah.
Your right person will come and you’ll know in your heart🩶
ꕤ retweeted
hi korang, abah saya baru pergi tadi, tolong sedekahkan abah saya al fatihah thank you :(
ꕤ retweeted
5 pesanan saya sebagai psikologis klinikal kepada adik-adik remaja tentang kesihatan mental,
Terutama sebelum melangkah ke alam dewasa.
Mungkin ramai remaja tak ba baca Threads. Jadi, saya harap ibu bapa yang baca ini boleh kongsikan pesanan ini dengan anak-anak.
ꕤ retweeted
Pendaftaran masih dibuka.
Pakej kelas tadabbur: Sirah + al-Quran
Jom kita penuhi malam dengan menuntut ilmu agama. Memahami sirah dan al-Quran buatkan kita lebih menghayati kehidupan beragama.
docs.google.com/forms/d/e/1F…
ꕤ retweeted
Jemput ke kelas Surah Ad-Dhuha: Cahaya Selepas Gelap bersama Ustaz Azlan di link pada ruangan komen di bawah.
ꕤ retweeted
Skrg ni tiba2 pulak netizen bodoh buat lawak pasal autism sebab kes lately ni kan.
Suruh duduk rumah la, masuk therapist la, pergi jumpa ustaz la sebab ingat kena “rasuk”.
Selagi orang tak kena ada ahli keluarga yang ada anak autistic, selagi tu orang takkan faham.
General people ingat autistic ni means tak betul. It’s not. Dan autism ni takde fixed perangai sebab dia ikut different perangai individuals. Dgn level severity lagi.
ꕤ retweeted
dulu selalu doa "ya Allah if something isn't good for me, please end it" tapi sekarang "ya Allah if something isn't good for me, please end it in a good way" 🥹 kadang2 benda tu dah diambil semula tapi kita attached. doa lah juga supaya kita lebih redha dan ikhlas 🥹
ꕤ retweeted
Waalaikumsalam.
Nota kaki: saya bukan psychoterapist ke apa.
Ada 3 point
1. Familiarity effect
Our brain tends to like what feels familiar. People often get attracted to partners who share some traits with their parents. So liking someone partly because you like their mom is actually quite common.
2. Positive association
If the mom is warm, kind, or you just vibe with her, that good feeling can spill over to her child. It’s not always weird, it’s more like “this family feels nice, so the person feels nicer too.”
3. Cultural factor (especially kat Malaysia)
Family approval matters a lot here. If you already like the mom, it reduces future drama and makes the relationship feel more secure. A lot of people unconsciously factor this in.
Point mana you cucuk lagi?
ꕤ retweeted
Learn to make the right diagnosis
youtu.be/jk_HWmmwiAs?si=VeE1…






















































